23 Mac 2021 Analisis Sesi Pagi
Euro melonjak walaupun Jerman akan melanjutkan sekatan penguncian.
Euro yang bertindak sebagai mata wang tunggal Kesatuan Eropah mengalami corak bercampur semalam tetapi mengakhiri sesi dagangan terakhir pada tahap yang lebih tinggi walaupun kenaikan kadar jangkitan Eropah yang mendadak baru-baru ini telah mendorong Jerman untuk melanjutkan sekatan pengunciannya. Dalam draf cadangan itu, pejabat Canselor Angela Merkel memutuskan untuk meneruskan penutupannya sekurang-kurangnya hingga 18hb April dan kemungkinan perintah berkurung malam di kawasan jangkitan yang tinggi. Idea ini muncul setelah kadar jangkitan virus melepasi tanda kritikal sebanyak 100 kes per 100,000 orang. Sejak tercetusnya wabak Covid-19, ekonomi Kesatuan Eropah telah diganggu oleh kerosokan penyebaran virus tersebut dan berusaha untuk keluar dari kejatuhan virus dengan meningkatkan kadar program vaksinasi, namun kebangkitan jangkitan gelombang ketiga telah meletakkan ekonomi EU berdekatan kemelesetan sekali lagi. Menurut kepada Statistik Worldometer, Perancis dan Jerman telah melaporkan lebih 30K dan 11K kes virus pada hari semalam, sementara angka kematian menunjukkan peningkatan tanpa henti. Semasa penulisan, pasangan mata wang EUR/USD meningkat 0.01% ke 1.1933.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah turun 0.11% ke $61.15 setong semasa penulisan di tengah-tengah sekatan penutupan di Kesatuan Eropah telah mempengaruhi harapan pemulihan ekonomi. Dengan latar belakang pelanjutan sekatan penguncian di Kesatuan Eropah, sentimen pasaran minyak menjadi masam kerana para pelabur bimbang terhadap prospek komoditi hitam ini. Selain itu, harga emas meningkat 0.01% ke $1739.20 setroy auns di tengah kelemahan indeks dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19:50 GBP BoE Gov Bailey Speaks
22:00 USD Fed Chair Powell Testifies
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:00 | GBP – Average Earnings Index+Bonus (Jan) | 4.7% | 4.9% | – |
| 15:00 | GBP – Claimant Count Change (Feb) | -20.0K | – | – |
| 22:00 | USD – New Home Sales (Feb) | 923K | 875K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 92.10. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 91.55.
Tahap rintangan: 92.10, 92.60
Tahap sokongan: 91.55, 91.25

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.3845. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3990.
Tahap rintangan: 1.3990, 1.4085
Tahap sokongan: 1.3850, 1.3755

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.1890. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.1990.
Tahap rintangan: 1.1990, 1.2025
Tahap sokongan: 1.1890, 1.1830

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 109.20. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 109.20, 109.65
Tahap sokongan: 108.35, 107.85

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.7730. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7780, 0.7835
Tahap sokongan: 0.7730, 0.7700

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.7175. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.7105.
Tahap rintangan: 0.7175, 0.7225
Tahap sokongan: 0.7105, 0.7075

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.2485. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke tahap rintangan di 1.2555.
Tahap rintangan: 1.2555, 1.2610
Tahap sokongan: 1.2485, 1.2400

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9225. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9280, 0.9310
Tahap sokongan: 0.9225, .9180

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke paras yang lebih tinggi.
Tahap rintangan: 62.60, 63.70
Tahap sokongan: 60.65, 59.30

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan aliran menaik. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1750.60.
Tahap rintangan: 1750.60, 1765.20
Tahap sokongan: 1738.10, 1718.15