23 April 2020 Analisis Sesi Tengah Hari
Paun sterling menurun susulan kebimbangan koronavirus.
Mata wang paun sterling yang berbanding dengan dolar AS dan mata wang lain telah jatuh semasa lewat sesi Asia susulan dengan data inflasi yang lemah ditambah dengan kebimbangan mengenai kesan koronavirus yang lebih mendalam di UK. Menurut kepada Statistik Nasional, data CPI U.K telah menurun kepada 1.5% untuk bulan lalu dari 1.7% pada Februari. Data lemah tersebut telah diseret oleh kos pakaian dan harga tenaga yang lebih rendah di tengah-tengah pandemik Covid-19. Di samping itu, para penganalisis juga telah memberi amaran mengenai kesan ekonomi lebih lanjut di UK di masa hadapan. Mengikuti laporan baru-baru ini, para pelabur juga mulai meningkatkan kemungkinan untuk sekatan yang lebih lanjut dan ia boleh menyebabkan paun sterling untuk kekal bergelut. Pada masa penulisan, GBP / USD telah menyusut sebanyak 0.05% ke 1,2331.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 2.24% ke $ 14.84 setong berikutan dengan tanda-tanda mengenai para pengeluar akan mengurangkan pengeluaran untuk mengatasi kejatuhan permintaan minyak mentah. Menurut kepada perkembangan terbaru, pengawal selia tenaga Oklahoma dalam A.S telah menyatakan bahawa syarikat boleh menutup penggali tanpa kehilangan sebarang pajakan. Ini merupakan kemenangan awal bagi para pengeluar A.S. yang berjuang untuk mendapatkan bantuan dari keruntuhan pasaran selepas lonjakan dalam pengeluaran. Negeri tersebut merupakan pengeluar minyak keempat yang terbesar di A.S. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.13% hingga $ 1712.45 se troy auns pada waktu penulisan di tengah-tengah ketidakpastian terhadap prospek ekonomi global kekal menyokong permintaan untuk komoditi yang selamat tersebut.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – Retail Sales (MoM)(Mar) | -0.3% | -3.8% | – |
| 15:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Apr) | 45.4 | 39.0 | – |
| 16:30 | GBP – Composite PMI | 36.0 | – | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing PMI | 47.8 | – | – |
| 16:30 | GBP – Services PMI | 34.5 | – | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 5,245K | 4,150K | – |
| 22:00 | USD – New Home Sales (Mar) | 765K | 645K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 100.75. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 100.75, 101.65
Tahap sokongan: 99.70, 98.35

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2385. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2385, 1.2620
Tahap sokongan: 1.2230, 1.2045

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.0795. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0945, 1.1125
Tahap sokongan: 1.0795, 1.0660

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 107.90. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek.
Tahap rintangan: 107.90, 108.40
Tahap sokongan: 107.30, 106.90

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6280. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6335.
Tahap rintangan: 0.6335, 0.6375
Tahap sokongan: 0.6280, 0.6230

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan 0.5955. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.5955, 0.6075
Tahap sokongan: 0.5840, 0.5690

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.4120. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.4250, 1.4445
Tahap sokongan: 1.4120, 1.4005

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9730. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9730, 0.9775
Tahap sokongan: 0.9595, 0.9510

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap sokongan 13.90. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 18.05, 25.50
Tahap sokongan: 13.90, 10.75

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1718.20. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1687.95.
Tahap rintangan: 1718.20, 1737.25
Tahap sokongan: 1687.95, 1672.80