23 April 2021 Analisis Sesi Petang
Paun tetap disokong walaupun dengan data yang kecewa.
Semasa lewat sesi Asia, indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah meningkat susulan dengan tajuk utama mengenai Joe Biden merancang untuk meningkatkan cukai. Menurut kepada laporan dari Reuters, Biden sedang mempertimbangkan untuk menaikkan kadar cukai untuk golongan berpendapatan tinggi dari 37% kepada setinggi 43.4%. Hasil dari penerimaan cukai akan disalurkan ke bantuan kerajaan dari segi penjagaan anak, pendidikan pra-tadika dan cuti berbayar untuk pekerja. Rancangan ini dapat membantu mengurangkan beban dan hutang kerajaan serta meningkatkan jumlah projek dan rancangan rangsangan untuk masa depan. Namun, cadangan tersebut memerlukan persetujuan dari Kongres di mana Demokrat hanya mendapat sokongan minoriti. Pada masa penulisan, indeks dolar meningkat 0.03% kepada $ 91.15.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 0.21% kepada $61.72 setong berikutan dengan harapan terhadap pemulihan permintaan di EU dan AS. Syarikat kilang A.S. Valero mengatakan permintaan petrol dan diesel kembali ke 93% dan 100% dari tahap yang mereka alami sebelum wabak tersebut. Selain itu, keadaan yang semakin bertambah baik di Eropah juga meningkatkan sentimen. Perancis menyatakan bahawa sekolah akan dibuka semula pada hari Isnin dan sekatan dalam perjalanan domestik yang berlaku sejak awal April yang mengehadkan orang berada dalam jarak 10 km (6 batu) dari rumah mereka akan berakhir pada 3 Mei. Sebaliknya, harga emas turun sebanyak 0.04% kepada $1786,83 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kenaikan dolar.
Today’s Holiday Market Close
Time Market Event
N/A
Today’s Highlight Events
Time Market Event
22:00 EUR ECB Press Conference
Today’s Highlight Economic Data
| Time | Nation & Data | Previous | Forecast | Actual |
| 19:45 | EUR – ECB Interest Rate Decision (Apr) | 0.00% | 0.00% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 576K | 625K | – |
| 22:00 | USD – Existing Home Sales (Mar) | 6.22M | 6.18M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 91.25. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 90.95.
Tahap rintangan: 91.25, 91.55
Tahap sokongan: 90.95, 90.70

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3865.
Tahap rintangan: 1.3865, 1.3910
Tahap sokongan: 1.3815, 1.3750

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2030.
Tahap rintangan: 1.2030, 1.2065
Tahap sokongan: 1.1990, 1.1955

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji garisan aliran menaik. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah garisan aliran tersebut.
Tahap rintangan: 108.30, 109.20
Tahap sokongan: 107.65, 107.00

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.7710. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 0.7710, 0.7760
Tahap sokongan: 0.7665, 0.7565

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.7170. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7170, 0.7235
Tahap sokongan: 0.7110, 0.7060

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.2510. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2630, 1.2775
Tahap sokongan: 1.2510, 1.2390

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.9185, 0.9220
Tahap sokongan: 0.9110, 0.9030

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 61.35. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 62.55.
Tahap rintangan: 62.55, 63.75
Tahap sokongan: 61.35, 59.85

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan aliran menaik. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1788.50.
Tahap rintangan: 1788.50, 1803.40
Tahap sokongan: 1768.20, 1755.60