23 Mei 2022 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS menyusut di tengah-tengah kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat.
Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama telah berundur daripada paras tinggi pada minggu lepas di tengah-tengah peningkatan kebimbangan terhadap risiko stagflasi pada masa hadapan terus mengurangkan keyakinan pasaran ke atas perkembangan ekonomi di AS. Baru-baru ini, ahli bank dan ahli ekonomi memberi amaran bahawa ekonomi AS akan menuju ke arah kemelesetan pada tahun hadapan berikutan dengan peningkatan kos pinjaman untuk pengguna dan perniagaan serta risiko inflasi yang meningkat terus mencetuskan prospek negatif ke atas Amerika Syarikat. Sementara itu, kadar inflasi yang kekal menghampiri paras tertinggi dalam tempoh 40 tahun telah menjadi cabaran kepada ekonomi dan bank pusat global. Namun begitu, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai minit mesyuarat Rizab Persekutuan untuk menerima isyarat lanjut mengenai keputusan dasar monetari daripada Fed. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah menyusut sebanyak 0.23% ke 102.90.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.72% ke $110.05 setong semasa penulisan di tengah-tengah kebimbangan mengenai kemelesetan ekonomi global terus mengurangkan daya tarikan ke atas komoditi hitam tersebut. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.03% ke $1847.30 setiap troy auns setakat ini semasa penulisan susulan dengan penyusutan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
16:00 | EUR – German ifo Business Climate Index (May) | 91.8 | 91.4 | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 103.85, 104.95
Tahap sokongan: 102.45, 100.85
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2590, 1.2745
Tahap sokongan: 1.2385, 1.2200
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.0585, 1.0700
Tahap sokongan: 1.0485, 1.0355
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 129.10, 131.05
Tahap sokongan: 127.15, 125.30
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan.
Tahap rintangan: 0.7060, 0.7510
Tahap sokongan: 0.6995, 0.6865
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6425, 0.6550
Tahap sokongan: 0.6225, 0.6070
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2890, 1.3050
Tahap sokongan: 1.2720, 1.2485
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9850, 0.9970
Tahap sokongan: 0.9690, 0.9520
CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 110.35, 113.05
Tahap sokongan: 106.65, 104.05
GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1848.55, 1863.25
Tahap sokongan: 1829.40, 1809.25