23 Jun 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS menjunam susulan dengan data perumahan yang suram.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding sekumpulan enam mata wang utama mencatat kerugianya semalam selepas data ekonomi yang lemah dibebaskan. Menurut National Association of Realtors, data Existing Home Sales AS dibebaskan pada 3.91M, lebih lemah daripada ramalan ahli ekonomi pada 4.12M, menunjukkan bahawa sektor perumahan masih dihantui oleh kejatuhan wabak. Namun, langkah terbaru dari AS terhadap China telah berjaya mengehadkan kerugian pasaran dolar AS, ketika daya tarikan dolar AS sebagai mata wang selamat menjadi semakin cerah setelah pentadbiran Trump mengumumkan 4 lagi organisasi media Negara-China adalah dalam kategori ‘Misi Asing’. Secara terperinci, syarikat yang termasuk dalam kategori misi asing akan diminta untuk menyerahkan senarai lengkap pekerja dan senarai pegangan harta tanah mereka kepada kerajaan AS untuk tujuan pemeriksaan. Langkah itu seolah-olah bertindak sebagai usaha pentadbiran Trump untuk menentang dasar China yang agresif. Sebagai akibatnya, pasaran sekarang menjangka China berkemungkinan besar akan mengambil tindakan balas terhadap isu ini kerana ia tidak adil terhadap syarikat China di AS. Semasa penulisan, indeks dolar turun 0.62% ke 97.00.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 1.13% ke $41.05 setong di tengah optimisme pasaran terhadap pemotongan bekalan global telah mengukuhkan sentimen pasaran minyak mentah walaupun kes Coronavirus mempunyai sikit lonjakan tanda baru-baru ini. Setakat ini, peserta pasaran masih akan memberikan tumpuan pada data inventori yang akan datang untuk mengukur arah komoditi hitam ini. Selain itu, harga emas meningkat 0.05% ke $1755.90 per troy auns di tengah-tengah kebimbangan pasaran mengenai wabak gelombang kedua virus ini.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16:45 GBP BoE Gov Bailey Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Jun) | 36.6 | 41.5 | – |
| 16:30 | GBP – Composite PMI | 30.0 | – | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing PMI | 40.7 | – | – |
| 16:30 | GBP – Services PMI | 29.0 | – | – |
| 22:00 | USD – New Home Sales (May) | 623K | 640K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 96.85. MACD yang memaparkan bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 97.60, 98.35
Tahap sokongan: 96.85, 95.95

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.2485. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntunganny selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2485, 1.2585
Tahap sokongan: 1.2250, 1.1965

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.1240. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya menutup lilinya di atas tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1240, 1.1400
Tahap sokongan: 1.1115, 1.1025

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya dan menuju ke arah tahap rintangan.
Tahap rintangan: 107.15, 108.15
Tahap sokongan: 106.20, 104.80

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6935. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6935, 0.7215
Tahap sokongan: 0.6655, 0.6310

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6405. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntugannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6565.
Tahap rintangan: 0.6565, 0.6735
Tahap sokongan: 0.6405, 0.6200

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.3650. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3360.
Tahap rintangan: 1.3650, 1.3830
Tahap sokongan: 1.3360, 1.3075

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.9540. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.9455.
Tahap rintangan: 0.9540, 0.9625
Tahap sokongan: 0.9455, 0.9335

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 40.35. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 42.40.
Tahap rintangan: 42.40, 43.75
Tahap sokongan: 40.35, 38.95

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang tinggi. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1751.25.
Tahap rintangan: 1763.15, 1773.45
Tahap sokongan: 1751.25, 1743.75