83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

23 Ogos 2021                      Analisis Sesi Petang

 

Dolar merosot susulan pasaran berwaspada menjelang Jackson Hole Symposium.

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul eman pasangan wang utama telah jatuh berikutan dengan pasaran berwaspada menjelang acara Jackson Hole Symposium pada minggu ini. Peningkatan dalam COVID-19 yang berterusan akan menyaksikan Fed A.S. untuk mengadakan simposium tahunan Jackson Hole dalam talian mulai 26 Ogos. Pengerusi Fed Jerome Powell mengekalkan nada yang dovish sehingga ke masa kini. Walau bagaimanapun, Presiden Dallas Fed Robert Kaplan memberikan petunjuk yang berpotensi sebelum simposium dimulakan dengan kenyataan bahawa pandangannya mengenai pengurangan aset tidak lama lagi akan disesuaikan sekiranya varian COVID-19 Delta terus menyebar dan mempengaruhi pemulihan ekonomi. Walaupun begitu, mata wang AS kekal disokong secara keseluruhan oleh kebimbangan bahawa varian Delta koronavirus dapat menjejaskan pemulihan ekonomi global. Oleh itu, pasaran sekarang akan fokus kepada Jackson Hole Symposium untuk mendapatkan petunjuk yang lebih lanjut. Pada masa penulisan, indeks dolar jatuh 0.18% kepada $ 93.33.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak 0.11% kepada $ 63.15 setong semasa penulisan di tengah-tengah kebimbangan berterusan mengenai varian Delta berterusan. Setakat ini, penyebaran varian Delta COVID-19 terus berlanjutan, dengan Korea Selatan dan Vietnam di antara negara-negara tersebut mengetatkan langkah-langkah sekatan. Jepun menggandakan ujian COVID-19 dan mengubah strateginya setelah jangkitan baru setiap hari mencapai tahap tertinggi pada hari Jumaat. Di China, pengimport minyak teratas di dunia, China tetap kekal ‘toleransi sifar’ terhadap dasar COVID-19, yang bermaksud langkah-langkah yang ketat untuk mengekang wabak terbaru dalam negara itu. Sekatan tersebut bermaksud gangguan dalam rantaian bekalan dan penghantaran global kerana pelabuhan telah diarahkan untuk menutup. Sebaliknya, harga emas terus stabil dan meningkat sebanyak 0.34% kepada $1787.16 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kelemahan dolar.

 

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Acara Terdahulu Ramalan Sebenar
15:30 EUR – German Manufacturing PMI (Aug) 0.50% 65.0
16:30 GBP – Composite PMI (Aug) 59.2
16:30 GBP – Manufacturing PMI (Aug) 60.4
16:30 GBP – Services PMI (Aug) 59.6
22:00 USD – Existing Home Sales (Jul) 5.86M 5.81M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 93.45. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 93.10.

 

Tahap rintangan: 93.45, 93.80

Tahap sokongan: 93.10, 92.65

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.3600. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3745.

 

Tahap rintangan: 1.3745, 1.3885

Tahap sokongan: 1.3600, 1.3460

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.1705. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1765.

 

Tahap rintangan: 1.1765, 1.1830

Tahap sokongan: 1.1705, 1.1625

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 109.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 110.50.

 

Tahap rintangan: 110.50, 111.00

Tahap sokongan: 109.70, 109.20

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.7150. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7245.

 

Tahap rintangan: 0.7245, 0.7330

Tahap sokongan: 0.7150, 0.7075

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.6820. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.6925.

 

Tahap rintangan: 0.6925, 0.7000

Tahap sokongan: 0.6820, 0.6725

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.2770. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2870, 1.2955

Tahap sokongan: 1.2770, 1.2675

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.9200. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.9135.

 

Tahap rintangan: 0.9200, 0.9245

Tahap sokongan: 0.9135, 0.9090

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 65.35.

 

Tahap rintangan: 65.35, 68.35

Tahap sokongan: 61.00, 57.30

 

GOLD, H4: Harga emas telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1792.35. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1792.35, 1831.85

Tahap sokongan: 1760.35, 1725.50