23 September 2020 Analisis Sesi Petang
Paun menjunam susulan dengan sekatan Covid-19 baru dilaksanakan.
Paun Sterling yang bertindak sebagai salah satu mata wang utama di pasaran FX menjunam dengan ketara selepas Perdana Menteri UK mengumumkan untuk melancarkan langkah sekatan Covid baru untuk mengehadkan penyebaran virus. Menurut Worldometers, UK telah mencatatkan sejumlah kes yang disahkan berhampiran 5K sambil menunjukkan kadar peningkatan jangkitan yang jelas. Dalam langkah baru tersebut, ia termasuk memperluaskan penggunaan penutup muka, mengehadkan waktu pembukaan bar, pub dan restoran dan juga meningkatkan denda terhadap pelanggar peraturan. Selain itu, Boris Johnson juga memperingatkan masyarakat untuk mematuhi sekatan Covid yang baru, jika tidak, sekatan penguncian akan dikenakan kembali untuk mengehadkan penyebaran virus. Di sisi lain, kebuntuan Brexit yang tidak dapat diselesaikan masih menghantui sentimen pasaran paun. Setakat ini, kedua-dua pihak masih berunding sementara dengan harapan dapat memecahkan kebuntuan sebelum tarikh akhir iaitu pertengahan bulan Oktober. Semasa penulisan, pasangan mata wang GBP/USD jatuh 0.09% ke 1.2720.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut 0.88% ke $39,45 setong di tengah peningkatan kebimbangan pasaran terhadap prospek permintaan minyak. Menurut statistik terbaru, kebangkitan Covid-19 telah dikesan di kebanyakan negara seperti Perancis dan UK, yang akhirnya menyebabkan prospek pasaran minyak menjadi kabur. Selain itu, harga emas merosot 0.50% ke $1890,10 satu troy ouns kerana selera pelabur terhadap aset selamat menurun.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
22.30 USD Fed Chair Powell Testifies
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 22.00 | USD – Existing Home Sales (Aug) | 5.86M | 6.00M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 93.60. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 94.50.
Tahap rintangan: 94.50, 95.65
Tahap sokongan: 93.60, 92.75

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2695. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2995, 1.3250
Tahap sokongan: 1.2695, 1.2450

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.1710. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1590.
Tahap rintangan: 1.1710, 1.1845
Tahap sokongan: 1.1590, 1.1445

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 105.15. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 105.15, 105.50
Tahap sokongan: 104.70, 104.30

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7125. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7245, 0.7375
Tahap sokongan: 0.7120, 0.7010

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6610. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6640, 0.6685
Tahap sokongan: 0.6610, 0.6560

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap irntangan terdahulu 1.3235. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3375, 1.3500
Tahap sokongan: 1.3235, 1.3140

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.9175. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9270.
Tahap rintangan: 0.9270, 0.9380
Tahap sokongan: 0.9175, 0.9075

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 39.95. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 39.95, 40.85
Tahap sokongan: 39.05, 37.90

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1912.35. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1811.70.
Tahap rintangan: 1912.35, 1971.20
Tahap sokongan: 1811.70, 1732.70