83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

23 Oktober 2017                      Analisis Mingguan

 

Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Oktober 23 – 27

Kajian Pasaran (Forex): Oktober 16 – 20

Dolar A.S.

Greenback menokok berbanding dengan sebakul enam mata wang utama yang lain pada Jumaat lalu susulan dengan sentimen yang lebih optimistik terhadap reformasi sistem cukai di Amerika Syarikat. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.61% ke paras 93.57 semasa lewat sesi dagangan hari Jumaat.

 

Reformasi sistem cukai yang telah dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah melepasi salah satu halangan yang kritikal pada hari Khamis yang lalu selepas Parti Republik mengadaptasikan pelan bajet bagi tahun depan yang juga merangkumi prosedur yang membolehkan Republikan untuk menggubal RUU cukai tanpa sokongan dari parti Demokratik.

 

Reformasi tersebut dianggap sebagai pemangkin kepada tekanan inflasi yang lebih tinggi dan ia bakal memberikan alasan kepada Federal Reserve untuk meningkatkan kadar faedah secara beransur-ansuran. Walaubagaimanapun, keuntungan yang dicetak oleh dolar A.S. adalah terhad oleh kerana Republikan masih belum menghasilkan pindaan RUU reformasi cukai yang baru oleh kerana mereka masih berbahagi ke atas bagaimana pemotongan tersebut akan dibiayai.

 

Dari segi data ekonomi, National Association of Realtors melaporkan bahawa Existing Home Sales telah meningkat sebanyak 0.70% ke jumlah tahunan sebanyak 5.39 juta unit bagi bulan lalu, lebih baik daripada ramalan untuk menurun sebanyak 1% ke 5.30 juta unit. Data ekonomi baru-baru ini yang lebih optimistik telah mengurangkan sentimen bearish ke atas dolar selepas laporan inflasi memberikan bacaan yang lembap dan seiras dengan tanggapan ahli Fed bahawa ia tidak bersifat sementara.

 

 

US Existing Home Sales

—– Ramalan

 

Existing Home Sales memberikan bacaan 5.39 juta unit bagi bulan September, lebih tinggi daripada jangkaan sebanyak 5.30 juta unit.

 

USD/JPY

Dolar melonjak ke paras tinggi tiga bulan berbanding dengan Yen Jepun dengan pasangan USD/JPY meningkat sebanyak 0.88% ke 113.52.

 

EUR/USD

Euro ditawarkan dengan lebih rendah selepas ia memangkas keuntungan sebanyak 0.57% ke $1.1784 berbanding dengan greenback.

 

GBP/USD

Pound sterling meningkat sebanyak 0.21% ke $1.3185 berbanding dengan dolar A.S. semasa lewat sesi perdagangan hari Jumaat. Sterling telah berjaya untuk mengurangkan kerugian seawalnya selepas Chancellor Jerman Angela Merkel mengulas bahawa rundingan Brexit sedang berjalan dengan lancar.

 

 

Kajian Pasaran (Komoditi): Oktober 16 – 20

GOLD

Harga emas telah melanjutkan kerugiannya pada hari Jumaat yang lalu, selepas ia ditekan oleh dolar AS yang kukuh susulan dengan prospek yang lebih tinggi terhadap reformasi cukai A.S. dan data sektor perumahan yang lebih baik daripada yang dijangkakan. Harga logam kuning tersebut menurun sebanyak 0.59% kepada $1,282.42 sambil merakamkan kerugian mingguan sebanyak 1.86%.

 

Dolar AS menerima permintaan yang lebih tinggi di seluruh pasaran kewangan selepas Senat AS mengadaptasikan pelan bajet bagi tahun depan yang bakal membuka pintu kepada reformasi cukai AS. Begitu juga, sentimen yang lebih tinggi ke arah kenaikan kadar faedah pada masa akan datang telah menambahkan tekanan ke atas harga emas oleh kerana persekitaran kadar yang lebih tinggi akan meningkatkan kos peluang untuk memegang aset tidak berhasil.

 

 

Crude Oil

Harga minyak mentah diselesaikan dengan lebih tinggi pada hari Jumaat yang lalu berikutan dengan ketegangan politik di rantau Iraq yang makin meningkat dan boleh menimbulkan ancaman kepada bekalan minyak mentah. Harga minyak menokok sebanyak 33 cents atau 0.6% ke paras $51.84 sambil merekodkan keuntungan mingguan sebanyak 0.80%.

 

Eksport minyak dari rantau Kurdish di Iraq ke pelabuhan Turki Ceyhan telah susut ke hanya 216,000 tong sehari, berbanding dengan tahap sebelumnya sebanyak 600,000 tong sehari. Gangguan tersebut telah dicetuskan selepas referendum kemerdekaan Kurdish telah mencetuskan konflik diantara Iraq dan wilayah tersebut.

 

Selain itu, harga minyak telah menerima sokongan yang selanjutnya selepas aktiviti penggerudian di A.S. susut untuk minggu ketiga yang berturut-turut. Menurut kepada firma perkhidmatan minyak Baker Hughes, bilangan pelantar minyak di A.S. telah menurun sebanyak 7 ke 736, paras yang terendah sejak bulan Jun.

 

Di OPEC pula, setiausaha umum dari kartel tersebut iaitu Mohammad Barkindo  mengulas bahawa pasaran minyak global kini berada di dalam proses penimbangan yang “lebih  pantas” dan kadar permintaan akan terus meningkat dengan pesat di dalam beberapa dekad yang akan datang. Walau bagaimanapun, para penganalisis memberi amaran bahawa OPEC perlu melanjutkan lagi perjanjian pembekuan pengeluaran mereka bagi menghasilkan kesan yang ketara dalam mengurangkan kelebihan bekalan global.

 

 

Baker Hughes Oil Rig Count A.S.

Bilangan pelantar minyak yang aktif di A.S. telah menurun sebanyak 7 dan jumlah keseluruhan kini di paras 736.

 

Pandangan Mingguan: Oktober 23 – 27

Untuk minggu ini, para pelabur akan mengawasi mesyuarat Bank Pusat Eropah bagi mendapatkan isyarat yang lebih lanjut mengenai rancangan mereka untuk mengurangkan program rangsangan ekonomi. Selain itu, para peserta pasaran juga akan memberi tumpuan kepada semakan awal data pertumbuhan ekonomi A.S. bagi suku ketiga untuk menilai kesan taufan terhadap aktiviti ekonomi dan pandangan Fed terhadap dasar kewangan untuk jangka masa yang lebih panjang.

 

Bagi pedagang minyak, mereka akan melihat kepada tahap inventori AS yang bakal dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan dari pengguna minyak terbesar di dunia.

 

Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Oktober 23 – 27

Isnin, Oktober 23  

Data

GBP – CBI Industrial Trends Orders (Oct)

CAD – Wholesale Sales (MoM) (Aug)

 

Acara

N/A

 

Selasa, Oktober 24  

Data

EUR – German Manufacturing PMI (Oct)

EUR – Manufacturing PMI (Oct)

EUR – Markit Composite PMI (Oct)

EUR – Services PMI (Oct)

USD – Manufacturing PMI (Oct)

USD – Markit Composite PMI (Oct)

USD – Services PMI (Oct)

 

Acara

N/A

 

Rabu, Oktober 25  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

AUD – CPI (QoQ) (Q3)

EUR – German Ifo Business Climate Index (Oct)

GBP – GDP (QoQ) (Q3)

USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Sep)

USD – New Home Sales (Sep)

CAD – BoC Interest Rate Decision

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

 

Acara

CAD – BoC Monetary Policy Report

CAD – BoC Rate Statement

CAD – BoC Gov Poloz Speaks

 

Khamis, Oktober 26  

Data

NZD – Trade Balance (MoM) (Sep)

EUR – Deposit Facility Rate

EUR – ECB Interest Rate Decision (Oct)

USD – Initial Jobless Claims

USD – Pending Home Sales (MoM) (Sep)

 

Acara

EUR – ECB Press Conference

USD – FOMC Member Kashkari Speaks

 

 

Jumaat, Oktober 27

 

 

Data

JPY – National Core CPI (YoY) (Sep)

JPY – Tokyo Core CPI (YoY) (Oct)

USD – GDP (QoQ) (Q3)

USD – Real Consumer Spending (Q3)

USD – Michigan Consumer Sentiment (Oct)

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

N/A

 


 

Analisis Teknikal Mingguan: Oktober 23 – 27

Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar masih kekal disokong selepas ia melantun berhampiran garisan 60-MA (hijau). Kedua-dua garisan MA yang melebarkan jarak ke atas mencadangkan indeks dolar untuk menaik selanjutnya dan menguji semula di tahap rintangan 93.95.

 

Tahap rintangan: 93.95, 95.80

Tahap sokongan: 92.50, 90.95


 

GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun berhampiran dengan garisan 60-MA (hijau). Penunjuk MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada isyarat menurun mencadangkan pasangan tersebut untuk menaik selanjutnya selepas ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 1.3260, 1.3450

Tahap sokongan: 1.3020, 1.2820

 


 

USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY melonjak selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan yang kukuh di 113.00. Penunjuk MACD histogram yang membentuk silang emas mencadangkan pasangan tersebut untuk menaik selanjutnya dan menguji semula di tahap rintangan yang kukuh di 114.30.

 

Tahap rintangan: 114.30, 115.15

Tahap sokongan: 113.00, 111.65

 


 

EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD masih menerima tekanan selepas ia berundur dari tahap rintangan yang kukuh berhampiran 1.1860. Penutupan niaganya di bawah garisan 20-MA (merah) baru-baru ini mencadangkan bias menurun yang lebih lanjut bagi pasangan ini untuk susut ke arah tahap sokongan 1.1700.

 

Tahap rintangan: 1.1860, 1.2090

Tahap sokongan: 1.1700, 1.1450

 


 

GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah melanjutkan kerugiannya selepas ia menutup niaga di bawah tahap sokongan 1281.00 dan kedua-dua garisan MA. MACD histogram yang mula untuk membentuk corak silang emas memberikan isyarat bearish bagi komoditi ini untuk menurun ke arah tahap sokongan di 1263.00.

 

Tahap rintangan: 1281.00, 1299.05

Tahap sokongan: 1263.00, 1237.35

 


 

Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah masih kekal didagang di dalam saluran menaik menyempit dan ia telah melantun dari garisan 20-MA (merah) baru-baru ini. Penutupan niaga di atas tahap rintangan yang kukuh di 52.40 bakal mencadangkan bias menaik bagi komoditi ini untuk meningkat selanjutnya ke arah paras atas saluran tersebut.

 

Tahap rintangan: 52.40, 53.90

Tahap sokongan: 50.20, 48.65