23 November 2020 Analisis Sesi Petang
Dolar AS menyusut susulan dengan spekulasi mengenai pelonggaran dasar monetari.
Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam mata wang utama telah mencatat kerugiannya susulan dengan sekatan koronavirus di Amerika Syarikat telah mencetuskan spekulasi terhadap Rizab Persekutuan untuk melonggarkan dasar monetari untuk memberangsangkan perkembangan ekonomi di A.S., yang selanjutnya mengurangkan permintaan ke atas Dolar AS. Tambahan pula, kebuntuan mengenai rangsangan ekonomi koronavirus di antara Kongres A.S. telah mencetuskan prospek negatif yang lanjut ke atas perkembangan ekonomi di A.S. sambil menambahkan kebarangkalian terhadap pelonggaran dasar monetari dalam jangka pendek. Walau bagaimanapun, para pelabur akan memantau pada minit mesyuarat dasar terakhir dari Rizab Persekutuan, yang akan dibebaskan pada hari Rabu untuk menerima isyarat dagangan yang lebih lanjutnya. Selain itu, berjuta-juta orang Amerika dijangkakan akan tidak mengendahkan amaran untuk tinggal di rumah semasa cuti Thanksgiving yang akan datang, yang menimbulkan kebimbangan bahawa pergerakan yang besar tersebut akan meningkatkan kes-kes koronavirus dengan mendadak di Amerika Syarikat. Namun, berita positif mengenai vaksin Koronavirus telah mengurangkan sentimen negatif di atas perkembangan ekonomi A.S., yang mengehadkan kerugian yang dialami oleh Dolar AS. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah menyusut sebanyak 0.16% ke 92.20.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.05% ke $42.42 se tong semasa penulisan susulan dengan para pelabur menjangkakan bahawa A.S. Food and Drug Administration (FDA) akan mendapat kelulusan vaksin koronavirus pada pertengahan Disember, yang selanjutnya memberikan prospek positif ke atas permintaan minyak mentah pada masa depan. Sebaliknya, harga emas telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.11% ke $1873.20 troy auns semasa penulisan susulan dengan penyusutan dalam Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day Japan Workers Day
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Time | Nation & Data | Previous | Forecast | Actual |
| 16.30 | EUR – German Manufacturing PMI (Nov) | 58.2 | 56.5 | – |
| 17.30 | GBP – Composite PMI | 52.1 | 42.5 | – |
| 17.30 | GBP – Manufacturing PMI (Nov) | 53.3 | 53.3 | – |
| 17.30 | GBP – Services PMI (Nov) | 52.3 | 52.3 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 92.10. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 92.60, 93.00
Tahap sokongan: 92.10, 91.75

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3315. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3315, 1.3400
Tahap sokongan: 1.3220, 1.3160

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1855. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1885.
Tahap rintangan: 1.1885, 1.1925
Tahap sokongan: 1.1855, 1.1810

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap rintangan 103.85. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek.
Tahap rintangan: 103.85, 104.30
Tahap sokongan: 103.45, 103.15

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7320. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7320, 0.7430
Tahap sokongan: 0.7220, 0.7100

NZDUSD, Weekly: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.6915. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7110.
Tahap rintangan: 0.7110, 0.7310
Tahap sokongan: 0.6915, 0.6760

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3095. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3030.
Tahap rintangan: 1.3095, 1.3165
Tahap sokongan: 1.3030, 1.2960

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9100. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9140, 0.9175
Tahap sokongan: 0.9100, 0.9055

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 42.65. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 42.65, 43.70
Tahap sokongan: 41.70, 40.15

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1875.45. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1875.45, 1894.85
Tahap sokongan: 1862.50, 1851.15