23 November 2021 Analisis Sesi Pagi
Indeks Dolar melonjak susulan dengan pencalonan Powell sebagai Pengerusi Fed.
Indeks Dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah melonjak dengan ketara berikutan dengan pencalonan Jerome Powell oleh Presiden Joe Biden untuk melanjutkan perkhidmatannya sebagai Pengerusi Fed. Menurut kepada Reuters, pertumbuhan ekonomi yang mengukuh dan penciptaan sebanyak 5.6 juta pekerjaan dengan kadar pengangguran yang lebih rendah, perkembangan ekonomi AS dikatakan melebihi negara lain yang maju. Ini dianggap sebagai kejayaan yang dicapai oleh Pengerusi Powell dan Fed dalam menangani kesan buruk yang tercetus akibat daripada pandemik dan mendorong pemulihan ekonomi ke sasaran yang ditetapkan. Selain itu, menurut kepada kenyataan Presiden Biden, beliau menyuarakan kepercayaannya terhadap Jerome Powell sebagai calon yang sesuai untuk mewujudkan Fed yang stabil dan berdikari dalam menangani krisis inflasi semasa. Pencalonan Powell oleh Biden untuk meneruskan perkhidmatannya sebagai Pengerusi Fed telah meningkatkan optimisme pasaran terhadap dolar AS kerana para pelabur percaya bahawa Powell akan berpegang kepada rancangan sebelumnya untuk mengetatkan dasar monetari. Peningkatan tekanan inflasi di US telah memenuhi isyarat Fed untuk menaikkan kadar pinjaman lebih awal. Semasa penulisan, Indeks Dollar meningkat sebanyak 0.07% kepada 96.45.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.11% kepada $76.35 setong semasa penulisan. Pasaran minyak melanjutkan kerugiannya selepas Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida bersedia untuk melepaskan rizab minyaknya pada hujung minggu manakala kerajaan India dikhabarkan tengah berbincang dengan AS mengenai penggunaan minyak daripada rizab strategik. Sebaliknya, harga emas menurun sebanyak 0.25% kepada $1809.30 se troy auns kerana pembetulan teknikal.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day JPY Public Holiday
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:00 | EUR – German GDP (QoQ) (Q3) | 1.90% | 2.2% | – |
| 16:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Nov) | 57.8 | 56.9 | – |
| 17:30 | GBP – Composite PMI (Oct) | 54.1 | 54.1 | – |
| 17:30 | GBP – Manufacturing PMI (Oct) | 56.3 | 56.3 | – |
| 17:30 | GBP – Services PMI (Oct) | 54.6 | 54.6 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari 95.75. MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan 96.50.
Tahap rintangan: 96.50, 97.00
Tahap sokongan: 96.15, 95.75

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 1.3410. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan penurunnya bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3410, 1.3465
Tahap sokongan: 1.3355, 1.3300

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 1.1285. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1285, 1.1370
Tahap sokongan: 1.1210, 1.1140

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 114.90, 115.70
Tahap sokongan: 114.25, 113.60

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 0.7260. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 0.7220 .
Tahap rintangan: 0.7260, 0.7320
Tahap sokongan: 0.7220, 0.7170

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 0.6985. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6985, 0.7030
Tahap sokongan: 0.6935, 0.6905

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2730, 1.2775
Tahap sokongan: 1.2660, 1.2590

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pertengahan
Tahap rintangan: 0.9340, 0.9400
Tahap sokongan: 0.9260, 0.9200

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 76.35.
Tahap rintangan: 78.35, 80.80
Tahap sokongan: 76.35, 74.35

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1813.50, 1835.75
Tahap sokongan: 1791.20, 1763.60