23 Disember 2022 Analisis Sesi Pagi
Dolar meningkat apabila kebimbangan kemelesetan berkurangan.
Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, melanjutkan keuntungannya semasa waktu dagangan pasaran AS apabila sesiri data optimis menghilangkan kebimbangan pasaran terhadap risiko kemelesetan. Menurut Biro Analisis Ekonomi, KDNK AS bagi suku ketiga meningkat 3.2%, melepasi ramalan konsensus dan bacaan suku sebelumnya pada 2.9%. KDNK yang lebih kukuh daripada jangkaan disebabkan terutamanya oleh peningkatan dalam eksport, perbelanjaan pengguna, pelaburan tetap dari luar negara serta perbelanjaan kerajaan. Berikutan pengeluaran data itu, pelabur bergegas ke pasaran dolar AS kerana risiko kemelesetan semakin pudar, sambil menunjukkan keadaan kesihatan ekonomi yang lebih baik berbanding dengan rantau lain. Selain itu, Jabatan Buruh AS juga melaporkan bahawa tuntutan pengangguran mingguan meningkat sedikit daripada 214K ke 216K, tetapi masih lebih rendah daripada ramalan konsensus pada 222K. Namun begitu, ia masih menunjukkan bahawa pasaran buruh AS kekal berdaya tahan, tersasar daripada ramalan pasaran. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.23% ke 104.40.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak -1.54% ke $77.30 setong apabila kos pembelian minyak melonjak berikutan kenaikan dolar AS. Selain itu, harga emas menyusut sebanyak -1.20% ke $1792.55 setiap troy auns di tengah-tengah pengukuhan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Early close GBP Christmas
Early close NZD Christmas
Early close AUD Christmas
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
21:30 | USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Nov) | 0.5% | 0.1% | – |
21:30 | USD – Core PCE Price Index (YoY) (Nov) | 0.2% | 0.2% | – |
21:30 | CAD – GDP (MoM) (Oct) | 0.1% | 0.1% | – |
23:00 | USD – New Home Sales (Nov) | 632K | 600K | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 103.20. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 105.00.
Tahap rintangan: 105.00, 107.90
Tahap sokongan: 103.20, 101.25
GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.2125. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.1820.
Tahap rintangan: 1.2125, 1.2415
Tahap sokongan: 1.1820, 1.1450
EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.0570. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 1.0675, 1.0780
Tahap sokongan: 1.0570, 1.0440
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 131.35. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang tinggi mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 135.30, 138.90
Tahap sokongan: 131.35, 126.65
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6730. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.6530.
Tahap rintangan: 0.6730, 0.6895
Tahap sokongan: 0.6530, 0.6400
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6280. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.6110.
Tahap rintangan: 0.6280, 0.6450
Tahap sokongan: 0.6110, 0.5900
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke tahap yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 1.3700, 1.3880
Tahap sokongan: 1.3500, 1.3350
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.9290. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9290, 0.9430
Tahap sokongan: 0.9215, 0.9110
CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 76.55. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 79.75.
Tahap rintangan: 79.75, 82.30
Tahap sokongan: 76.55, 73.45
GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1808.85. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1765.95.
Tahap rintangan: 1808.85, 1835.00
Tahap sokongan: 1765.95, 1726.25