24 Februari 2020 Analisis Sesi Pagi
Mata wang dolar jatuh susulan sektor perkhidmatan US yang mengecut.
Indeks dolar yang berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama telah jatuh pada awal sesi Asia susulan dengan data baru-baru ini yang mengisyaratkan potensi masalah di hadapan ekonomi A.S. Menurut kepada Markit Economics, data perkhidmatan PMI telah turun kepada 49.4 pada bulan Februari, bacaan yang terendah dalam enam tahun. Data tersebut telah mencetuskan kebimbangan terhadap kesihatan ekonomi kerana sektor perkhidmatan menyumbang kira-kira 66% daripada keseluruhan jumlah pertumbuhan. Pada masa yang sama, data pembuatan PMI juga jatuh kepada 50.8, lebih rendah daripada jangkaan pasaran 51.5 dan ini telah membayangkan kelemahan yang berterusan dalam sektor pembuatan. Tanda kelemahan itu telah menyebabkan pelabur menjual dolar AS. Pada masa penulisan, indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.03% hingga 99.15.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menjunam sebanyak 2.65% kepada $51.81 setong semasa penulisan berikutan dengan kenaikan dalam pelantar minyak A.S. Menurut kepada laporan dari Baker Hughes, bilangan pelantar minyak A.S. kekal meningkat untuk minggu ketiga berturut-turut walaupun dengan pertumbuhan di negara tersebut telah menyusut susulan dengan para pengeluar telah memotong perbelanjaan untuk penggerudian baru bagi tahun kedua berturut-turut. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 1.40% kepada $ 1666.10 pada masa penulisan berikutan dengan peningkatan dalam sentimen penghindaran risiko di tengah-tengah koronavirus yang semakin serius.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17.00 | EUR – German IFO Business Climate (Feb) | 95.9 | 95.3 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 99.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 98.90.
Tahap rintangan: 99.40, 99.90
Tahap sokongan: 98.90, 98.35

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.2960. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.2865.
Tahap rintangan: 1.2960, 1.3080
Tahap sokongan: 1.2865, 1.2750

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap tingginya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.0785.
Tahap rintangan: 1.0885, 1.0990
Tahap sokongan: 1.0785, 1.0680

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 112.10. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 110.95
Tahap rintangan: 112.10, 113.15
Tahap sokongan: 110.95, 110.20

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.6595. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 0.6675.
Tahap rintangan: 0.6675, 0.6765
Tahap sokongan: 0.6595, 0.6500

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.6300. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 0.6385.
Tahap rintangan: 0.6385, 0.6490
Tahap sokongan: 0.6300, 0.6235

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.3260. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3260, 1.3325
Tahap sokongan: 1.3170, 1.3095

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.9835. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.9755.
Tahap rintangan: 0.9835, 0.9915
Tahap sokongan: 0.9755, 0.9695

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 52.55. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 51.20.
Tahap rintangan: 52.55, 54.20
Tahap sokongan: 51.20, 49.55

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1646.30. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1676.90.
Tahap rintangan: 1676.90, 1717.10
Tahap sokongan: 1646.30, 1613.35