24 Februari 2023 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS kekal senyap di tengah-tengah data ekonomi yang bercampur-campur.
Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, gagal melanjutkan keuntungannya namun berlegar berhampiran paras tertinggi sejak awal Januari berikutan keluaran data bercampur-campur. Menurut Biro Analisis Ekonomi, KDNK suku ke-4 AS turun mendadak daripada bacaan sebelumnya pada 3.2% ke 2.7%, melepasi ramalan konsensus pada 2.9%, mencerminkan bahawa pelan kenaikan kadar Rizab Persekutuan telah memberikan tekanan yang kuat terhadap perbelanjaan pengguna di Amerika Syarikat. Penurunan mendadak dalam data KDNK telah mengejutkan para pelabur secara negatif, kerana kebanyakan data ekonomi AS dalam beberapa minggu kebelakangan ini adalah kukuh dan baik. Memandangkan KDNK adalah salah satu ukuran pertumbuhan ekonomi yang paling ketara, keputusan yang mengecewakan telah menimbulkan kebimbangan pasaran terhadap keinginan kenaikan kadar Fed selanjutnya. Walaupun begitu, kerugian dolar AS adalah terhad, kerana pasaran buruh AS terus menunjukkan bahawa ia masih kekal berdaya tahan baru-baru ini. Menurut Jabatan Buruh, bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan pengangguran menurun lagi daripada 195K ke 192K dalam tempoh seminggu yang lalu, lebih rendah daripada ramalan ahli ekonomi pada 200K. Sehingga penulisan, indeks dolar meningkat 0.02% ke 104.60.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 2.17% ke $75.30 setong kerana pelan pemotongan minyak Rusia dan pembukaan semula ekonomi China telah menyokong harga minyak mentah naik walaupun EIA telah melaporkan peningkatan oil inventori yang mendadak di AS. Selain itu, harga emas turun sebanyak -0.02% ke $1822.60 setiap troy auns apabila kekukuhan dolar AS kelihatan tidak berhenti.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
15:00 | EUR – German GDP (QoQ) (Q4) | -0.2% | -0.2% | – |
21:30 | USD – Core PCE Price Index (MoM) (Jan) | 0.3% | 0.4% | – |
23:00 | USD – New Home Sales (Jan) | 616K | 620K | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 103.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 105.00.
Tahap rintangan: 105.00, 106.65
Tahap sokongan: 103.15, 101.25
GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.2105. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.1940.
Tahap rintangan: 1.2105, 1.2200
Tahap sokongan: 1.1940, 1.1820
EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.0575. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0665, 1.0770
Tahap sokongan: 1.0575, 1.0445
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 135.20. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 135.20, 136.45
Tahap sokongan: 133.20, 130.70
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6860. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.6725.
Tahap rintangan: 0.6860, 0.6985
Tahap sokongan: 0.6725, 0.6640
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6230. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6355, 0.6460
Tahap sokongan: 0.6230, 0.6160
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.3505. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.3600.
Tahap rintangan: 1.3600, 1.3740
Tahap sokongan: 1.3505, 1.3400
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan tersebut di 0.9310. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9310, 0.9405
Tahap sokongan: 0.9225, 0.9110
CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan aliran menaik. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 76.10.
Tahap rintangan: 76.10, 81.80
Tahap sokongan: 73.25, 71.50
GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1835.00. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1786.00.
Tahap rintangan: 1835.00, 1859.90
Tahap sokongan: 1786.00, 1725.35