83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

24 Februari 2023                                Analisis Sesi Petang

Euro menjunam susulan inflasi zon Euro berkurangan.

Sebagai salah satu mata wang yang paling banyak didagang oleh pelabur global, euro telah jatuh selepas laporan CPI Eropah dibebaskan. Menurut kepada laporan Eurostat, kadar inflasi pada bulan Januari berkurangan ke 8.6% pada bulan Januari, berbanding dengan 9.2% pada bulan Disember, terutamanya disebabkan oleh penurunan harga tenaga, makanan, alkohol dan tembakau. Di samping itu, peningkatan dalam dolar AS telah menekan harga Euro. Menurut data daripada Jabatan Buruh AS, tuntutan pengangguran menurun sebanyak 3k ke 192k, di bawah jangkaan pasaran iaitu 200k. Ini menunjukkan bahawa Amerika Syarikat mempunyai pasaran buruh yang kuat, yang menyediakan lebih banyak ruang untuk kenaikan kadar faedah Fed. Akibatnya, nilai dolar AS telah meningkat dan melemahkan euro. Walau bagaimanapun, kemerosotan euro diimbangi oleh dasar monetari Bank Pusat Eropah (ECB). Untuk menyejukkan kadar inflasi di kawasan euro, Bank Pusat Eropah telah mula menaikkan kadar faedah dengan agresif sejak pertengahan tahun 2022. Ketua Bank Pusat Eropah, Christine Lagarde, mengulangi bahawa bank pusat berkemungkinan tinggi akan meningkatkan kadar faedahnya 50 mata asas pada bulan Mac. Walaupun kadar inflasi telah menurun, CPI teras meningkat sebanyak 0.1% ke 5.3%, lebih tinggi daripada bacaan sebelumnya iaitu 5.2%. Semasa penulisan, harga pasangan EUR/USD naik 0.06% ke $1.0601.

Dari segi pasaran komoditi, harga minyak mentah naik 0.98% ke $76.12 setong kerana impak pengurangan bekalan Rusia adalah lebih besar daripada kenaikan mata wang dolar AS. Di samping itu, harga emas meningkat sebanyak 0.29% ke $1822.60 per troy auns susulan ketidakpastian dasar monetari AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21:30 USD – Core PCE Price Index (MoM) (Jan) 0.3% 0.4%
23:00 USD – New Home Sales (Jan) 616K 620K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 104.45. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek

Tahap rintangan: 104.45, 105.85

Tahap sokongan: 103.00, 101.70

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.2010. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

Tahap rintangan: 1.2145, 1.2300

Tahap sokongan: 1.2010, 1.1900

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.0635. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

Tahap rintangan: 1.0635, 1.0790

Tahap sokongan: 1.0575, 1.0445

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 134.55. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

Tahap rintangan: 136.30, 138.15

Tahap sokongan: 134.55, 132.30

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap rendah. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.6870.

Tahap rintangan: 0.6870, 0.6945

Tahap sokongan: 0.6775, 0.6685

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap rendah. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.6265.

Tahap rintangan: 0.6265, 0.6325

Tahap sokongan: 0.6195, 0.6120

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap tinggi. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.3515.

Tahap rintangan: 1.3600, 1.3690

Tahap sokongan: 1.3515, 1.3420

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.9320. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.9380

Tahap rintangan: 0.9380, 0.9470

Tahap sokongan: 0.9320, 0.9240

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan aliran menaik sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 76.05. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya jika memecah tahap rintangan tersebut

Tahap rintangan: 76.05, 78.70

Tahap sokongan: 73.20, 70.65

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap sokongan di 1819.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan.

Tahap rintangan: 1847.55, 1876.90

Tahap sokongan: 1819.15, 1797.85