24 Jun 2020 Analisis Sesi Petang
Mata wang Kiwi menjunam di tengah-tengah RBNZ yang dovish.
Semasa lewat sesi Asia, mata wang Kiwi yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain telah merosot setelah RBNZ membiarkan pintunya terbuka untuk rangsangan tambahan. Menurut kepada RBNZ, kadar faedah rasmi dikekalkan dengan tidak berubah pada paras terendah 0.25% seperti yang dijangkakan untuk bulan kedua. Walau bagaimanapun, minit mesyuaratnya telah meluahkan nada dovish di mana ia menunjukkan ahli-ahli lembaga percaya bahawa kesan negatif dari pandemik global tetap parah dan juga adalah lebih besar daripada kejutan dalam kenaikan jangka pendek. Bank pusat menyatakan bahawa ia bersedia untuk menggunakan alat polisi kewangan tambahan yang diperlukan dan bertekad untuk mengkaji program pembelian aset. Selain itu, RBNZ juga menyatakan kebimbangannya terhadap nilai Kiwi di mana ia menyatakan bahawa kenaikan dalam kadar pertukaran telah memberi tekanan kepada pendapatan eksport. Pada masa penulisan, NZD/USD telah jatuh sebanyak 0.26% kepada 0.6470.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah turun sebanyak 0.09% kepada $40,09 setong semasa penulisan susulan dengan kebimbangan dalam bekalan yang semakin meningkat dan juga kegelisahan terhadap harga meningkat terlalu banyak. Oleh kerana API baru-baru ini melaporkan stok lebih tinggi daripada jangkaan, pasaran juga meramalkan keputusan yang sama untuk laporan minyak mentah EIA yang akan datang. Di samping itu, peningkatan dalam kegelisahan di kalangan para pelabur terhadap harga telah meningkat terlalu lama dalam masa yang singkat juga mempengaruhi sentimen. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.05% kepada $1767.99 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kelemahan dolar yang mendorong kepada permintaan yang lebih tinggi untuk komoditi yang selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:00 | Euro – German Ifo Business Climate Index (Jun) | 79.5 | 85.0 | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 1.215M | -0.152M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berjaya memecah tahap sokongan sebelumnya di 96.90. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 96.10.
Tahap rintangan: 96.90, 97.55
Tahap sokongan: 96.10, 95.65

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.2500. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan di 1.2500.
Tahap rintangan: 1.2625,1.2790
Tahap sokongan: 1.2500, 1.2435

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.1320. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke tahap yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 1.1320, 1.1390
Tahap sokongan: 1.1245, 1.1165

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 106.35. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya dan menuju ke arah tahap rintangand di 106.80.
Tahap rintangan: 106.80, 107.45
Tahap sokongan: 106.35, 105.95

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6810. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.7115.
Tahap rintangan: 0.7115, 0.7295
Tahap sokongan: 0.6810, 0.6500

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6480. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.6380.
Tahap rintangan: 0.6480, 0.6580
Tahap sokongan: 0.6380, 0.6265

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3500. MACD yang memaparkan momntum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3675.
Tahap rintangan: 1.3675, 1.3865
Tahap sokongan: 1.3500, 1.3355

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.9540. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah yang lebih tinggi.
Tahap rintangan: 0.9475, 0.9540
Tahap sokongan: 0.9430, 0.9380

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 36.00. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 42.95.
Tahap rintangan: 42.95, 48.75
Tahap sokongan: 36.00, 29.05

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras yang lebih tinggi. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1764.00.
Tahap rintangan: 1794.30, 1818.40
Tahap sokongan: 1764.00, 1741.75