24 Julai 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar meningkat berikutan dengan sentimen positif.
Indeks dolar telah melanjutkan kenaikannya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama di tengah-tengah harapan pencapaian perjanjian perdagangan. Menurut kepada laporan, AS telah mengumumkan bahawa perwakilan perdagangan Robert Lighthizer akan meneruskan perundingan perdagangan di China bagi mencapai perjanjian. Laporan tersebut telah meningkatkan permintaan bagi dolar. Pada masa yang sama, dolar juga menerima sokongan menaik selepas Presiden AS Donald Trump dan Kongres mencapai perjanjian bagi meningkatkan siling hutang yang telah mengurangkan kebimbangan pelalaian oleh kerajaan. Dalam berita lain, mata wang pound sterling telah mengalami kerugian yang ketara selepas calon utama Boris Johnson telah dilantik sebagai Perdana Menteri dan pemimpin Parti Konservatif yang baru. Beliau yang terkenal dengan pendirian Brexit keras telah berjanji untuk menyampaikan Brexit sebelum hujung bulan Oktober. Namun untuk setakat ini, mesyuarat antara kerajaan UK dan Kesatuan Eropah belum dijadualkan dan pihak EU sedang menunggu pelan yang akan dikemukakan oleh Boris Johnson terlebih dahulu. Indeks dolar telah menokok sebanyak 0.03% ke 97.39 sementara pasangan GBP/USD menurun sebanyak 0.04% ke 1.2429 semasa penulisan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.15% ke $57.10 setong semasa penulisan berikutan dengan penurunan dalam inventori minyak AS. Menurut kepada laporan daripada American Petroleum Institute (API), stok minyak di AS telah menurun lebih daripada jangkaannya, dengan bacaan data sebanyak 10.961 juta tong berbanding dengan 4 juta tong. Pada masa yang sama, ketegangan di Timur Tengah juga memberi sokongan menaik kepada komoditi tersebut akibat dengan kemungkinan penjejasan pembekalan minyak global. Selain itu, harga emas telah menyusut sebanyak 0.04% ke $1418.65 se troy auns semasa penulisan di tengah-tengah kekukuhan dolar akibat daripada optimisme perdagangan dan perjanjian hutang siling.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentatif (25hb) GBP UK Prime Minister May Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Jul) | 45.0 | 45.1 | – |
| 22:00 | USD – New Home Sales (Jun) | 626K | 659K | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -3.116M | -4.011M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 97.00. Namun, MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan indeks untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan 97.00.
Tahap rintangan: 97.55, 98.20
Tahap sokongan: 97.00, 96.35

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan 1.2425. Namun, MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan 1.2490.
Tahap rintangan: 1.2490, 1.2555
Tahap sokongan: 1.2425, 1.2365

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.1185. Namun, MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan 1.1185.
Tahap rintangan: 1.1185, 1.1245
Tahap sokongan: 1.1120, 1.1075

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 108.20. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 107.60.
Tahap rintangan: 108.20, 108.70
Tahap sokongan: 107.60, 107.25

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.7000. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6965.
Tahap rintangan: 0.7000, 0.7040
Tahap sokongan: 0.6965, 0.6930

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.6720. Namun, MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melantun kembali ke arah tahap rintangan 0.6720 sebagai pembetulan teknikal jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6720, 0.6770
Tahap sokongan: 0.6675, 0.6635

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3160. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.3090.
Tahap rintangan: 1.3160, 1.3240
Tahap sokongan: 1.3090, 1.3050

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 0.9860. Namun, MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk berundur ke arah tahap sokongan 0.9805 sebagai pembetulan teknikal jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9860, 0.9905
Tahap sokongan: 0.9805, 0.9750

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan garisan MA-60 (merah). MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di atas garisan MA-60 tersebut.
Tahap rintangan: 57.95, 60.20
Tahap sokongan: 56.30, 54.60

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 1421.40. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan emas untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1421.40, 1435.90
Tahap sokongan: 1405.00, 1386.35