24 Julai 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar menjunam susulan keraguan terhadap pemulihan ekonomi.
Semasa awal sesi Asia, indeks dolar yang didagang dengan sebakul enam pasangan mata wang utama kekal lemah dan mencapai paras terendah 22 bulan berikutan dengan tanda-tanda yang lebih lanjut dalam pemulihan ekonomi AS yang semakin perlahan dalam isu koronavirus yang masih berterusan. AS dijangka akan melantun dengan kukuh pada suku ketiga, tetapi data Initial Jobless Claims telah memberi pandangan yang sebaliknya. Menurut kepada Jabatan Tenaga Kerja A.S., 1.4 juta telah memohon untuk tuntutan pengangguran untuk minggu yang berakhir pada bulan Julai, jumlahnya adalah lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak 1.3 juta. Prospek pemulihan yang lebih perlahan daripada yang diharapkan telah mengurangkan harapan pelabur untuk pemulihan berbentuk V, justerunya ia menyeret nilai dolar AS lebih jauh ke bawah. Pada masa penulisan, indeks dolar jatuh sebanyak 0.22% kepada 94.67.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.07% kepada $41.01 setong semasa penulisan susulan dengan prospek syarikat penerbangan yang semakin lemah. Menurut laporan, dua syarikat penerbangan terbesar di A.S., Southwest and American, kedua-duanya mengatakan pada hari Khamis bahawa mereka akan mengurangkan jadual penerbangan musim luruh mereka berdasarkan dengan kelemahan dalam permintaan terhadap perjalanan udara. Berita tersebut telah menambah garam selanjutnya ke luka selepas EIA melaporkan peningkatan bekalan minyak baru-baru ini yang sudah mempengaruhi komoditi ini. Sebaliknya, harga emas telah melonjak sebanyak 0.09% kepada $1887.03 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan peningkatan sentimen penghindaran risiko yang terus mendorong permintaan untuk komoditi yang selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day JPY National Sports Day
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14.00 | GBP – Retail Sales (MoM) (Jun) | 12.0% | 8.0% | – |
| 15.30 | EUR – German Manufacturing PMI (Jul) | 45.2 | 48.0 | – |
| 16.30 | GBP – Composite PMI | 47.7 | – | – |
| 16.30 | GBP – Manufacturing PMI | 50.1 | – | – |
| 16.30 | GBP – Services PMI | 47.1 | – | – |
| 22.00 | USD – New Home Sales (Jun) | 676K | 700K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 94.35. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 95.70.
Tahap rintangan: 95.70, 97.55
Tahap sokongan: 94.35, 93.15

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan rata susulan dengan lantunan dari paras rendahnya baru-baru ini. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.2660.
Tahap rintangan: 1.2810, 1.3005
Tahap sokongan: 1.2660, 1.2510

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.1610. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1.1505.
Tahap rintangan: 1.1610, 1.1715
Tahap sokongan: 1.1505, 1.1435

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 106.60. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 107.40, 108.00
Tahap sokongan: 106.60, 106.00

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.7160. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7030.
Tahap rintangan: 0.7160, 0.7290
Tahap sokongan: 0.7030, 0.6935

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.6670. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.6580.
Tahap rintangan: 0.6670, 0.6745
Tahap sokongan: 0.6580, 0.6490

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.3330. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.3485.
Tahap rintangan: 1.3485, 1.3685
Tahap sokongan: 1.3330, 1.3195

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.9230. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 0.9315.
Tahap rintangan: 0.9315, 0.9365
Tahap sokongan: 0.9230, 0.9165

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan 41.30. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 37.70.
Tahap rintangan: 41.30, 43.85
Tahap sokongan: 37.70, 34.70

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1896.55. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1850.00.
Tahap rintangan: 1896.65, 1930.00
Tahap sokongan: 1850.00, 1814.20