24 Ogos 2020 Analisis Sesi Tengah Hari
Kiwi tetap lembap di tengah-tengah data yang lemah.
Semasa sesi akhir Asia, mata wang New Zealand Kiwi yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain tetap lemah susulan dengan penyusutan dalam data Retail Sales. Menurut kepada Statistik New Zealand, penjualan runcit dalam New Zealand untuk suku kedua telah merosot kepada -14.6%, lebih rendah daripada keputusan sebelumnya sebanyak -1.2%. Selain itu, nada bearish dari RBNZ juga terus menekan Kiwi. Pada hari Jumaat, Ketua Ekonomis Yuong Ha menyatakan bahawa keputusan kadar negatif akan bergantung pada kesihatan ekonomi dan tidak akan teragak-agak untuk melaksanakannya jika dan bila waktunya tiba. Dari segi koronavirus, negara tersebut masih bergelut dengan koronavirus yang juga menyebabkan Perdana Menteri Jacinda Arden untuk menangguhkan pilihan raya yang akan datang untuk empat minggu kepada 17 Oktober. Pada waktu penulisan, NZD/USD jatuh sebanyak 0.09% kepada 0.6530.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 1.62% kepada $42.35 setong pada waktu penulisan di tengah-tengah ancaman ribut yang menuju ke Teluk Mexico A.S. Berikutan dengan perkembangan terbaru, pekerja telah dipindahkan dari 114 platform yang sebahagian daripada 643 platform berada di Teluk Mexico, menurut kepada BSEE. Sebaliknya, harga emas turun sebanyak 0.28% kepada $ 1935.35 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan pemulihan dolar yang berterusan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 92.45.
Tahap rintangan: 94.00, 95.70
Tahap sokongan: 92.45, 90.70

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 1.3005.
Tahap rintangan: 1.3200, 1.3320
Tahap sokongan: 1.3005, 1.2810

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 1.1895.
Tahap rintangan: 1.1895, 1.2000
Tahap sokongan: 1.1705, 1.1575

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan rata berhampiran dengan garisan MA. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 105.25.
Tahap rintangan: 106.25, 106.95
Tahap sokongan: 105.25, 104.35

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap rintangan 0.7190. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7190, 0.7290
Tahap sokongan: 0.7075, 0.6970

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap sokongan 0.6510. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum beraish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 0.6590.
Tahap rintangan: 0.6590, 0.6685
Tahap sokongan: 0.6510, 0.6395

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3215. MACD yang memaparkan isyarat momentum buliish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.3095.
Tahap rintangan: 1.3215, 1.3330
Tahap sokongan: 1.3095, 1.3030

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.9065. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.9225.
Tahap rintangan: 0.9225, 0.9365
Tahap sokongan: 0.9065, 0.8985

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 42.60. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 42.60, 43.95
Tahap sokongan: 41.05, 39.60

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1908.55. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1966.20.
Tahap rintangan: 1966.20, 2016.10
Tahap sokongan: 1908.55, 1857.95