83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

24 Ogos 2021                      Analisis Sesi Petang

 

New Zealand Kiwi meningkat susulan data Retail Sales yang optimis.

Dolar New Zealand yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain telah meningkat susulan dengan pasangan ini mendapat manfaat daripada pengeluaran data Retail Sales New Zealand baru-baru ini. Menurut kepada Statistik New Zealand, data Retail Sales New Zealand telah meningkat kepada 3.3%, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 2.0% dan juga bacaan sebelumnya sebanyak 2.5%. Statistik New Zealand menyatakan bahawa kebanyakan industri runcit menyaksikan peningkatan dalam perbelanjaan dengan kenaikan di seluruh wilayah. Dengan data terus mengagumkan, Menteri Kewangan New Zealand Grant Robertson baru-baru ini menyatakan bahawa New Zealand berada dalam kedudukan fiskal yang kuat untuk menangani sekatan baru-baru ini. Pada masa yang sama, pasangan ini juga disokong oleh kelemahan dolar yang dipengaruhi oleh lonjakan kes varian Delta di A.S. Pada masa penulisan, NZD/USD meningkat sebanyak 0.12% kepada 0.6895.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 0.55% kepada $65.85 setong semasa penulisan susulan dengan kelulusan AS terhadap vaksin Covid-19 meningkatkan harapan untuk permintaan bahan bakar. Menurut kepada perkembangan terbaru, Pentadbiran Makanan dan Dadah A.S. (FDA) yang membenarkan vaksin dua dos Pfizer / BioNtech untuk penggunaan kecemasan pada bulan Disember lalu, kini telah mengeluarkan kelulusan penuh untuk digunakan pada orang yang berumur 16 tahun ke atas. Pegawai kesihatan berharap langkah tersebut akan meyakinkan orang Amerika yang tidak divaksinasi bahawa vaksin tersebut adalah selamat dan berkesan serta boleh meningkatkan jumlah vaksinasi. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.11% kepada $ 1802.75 se troy auns sekali pada masa penulisan berikutan kelemahan dolar.

 

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Acara Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 EUR – German GDP (QoQ) (Q2) 1.50% 1.50%
22:00 USD – New Home Sales (Jul) 676K 690K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 93.10. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 92.65.

 

Tahap rintangan: 93.10, 93.70

Tahap sokongan: 92.65, 92.15

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi semenara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.3745. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap rintangan 1.3745.

 

Tahap rintangan: 1.3745, 1.3885

Tahap sokongan: 1.3600, 1.3460

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi semenara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.1765. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.1705.

 

Tahap rintangan: 1.1765, 1.1830

Tahap sokongan: 1.1705, 1.1625

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 109.60. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 110.15, 110.75

Tahap sokongan: 109.60, 109.15

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.7245. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7245, 0.7330

Tahap sokongan: 0.7150, 0.7075

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.6925. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6925, 0.7000

Tahap sokongan: 0.6820, 0.6725

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.2675. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2585.

 

Tahap rintangan: 1.2675, 1.2770

Tahap sokongan: 1.2585, 1.2440

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.9100. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9200, 0.9245

Tahap sokongan: 0.9100, 0.9025

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 65.35. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 68.35.

 

Tahap rintangan: 65.35, 68.35

Tahap sokongan: 61.60, 57.30

 

GOLD, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1792.35. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1831.85.

 

Tahap rintangan: 1831.85, 1866.85

Tahap sokongan: 1792.35, 1760.35