83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

24 Ogos 2022                      Analisis Sesi Pagi

 

Dolar berundur selepas data ekonomi yang pesimis dibebaskan.

Indeks dolar, yang mengukur nilainya berbanding sekumpulan enam mata wang utama, gagal melanjutkan kenaikannya semalam selepas beberapa siri data di negara AS menerbitkan angka suram. Lewat semalam, PMI Komposit Global S&P telah dibebaskan dengan angka yang lebih lemah daripada jangkaan, di mana bacaan sebenar adalah 45.0, jauh lebih rendah daripada ramalan konsensus dan bacaan sebelumnya masing-masing pada 49.0 dan 47.7. Pengurangan dalam output adalah berasaskan luas, dengan pengilang dan penyedia perkhidmatan mencatatkan aktiviti yang lebih rendah. Dalam sektor pembuatan, PMI Pembuatan AS bagi bulan Ogos mencapai 51.3, lebih rendah daripada ramalan konsensus pada 52.0. Pada masa yang sama, sektor perkhidmatan AS merekodkan kadar kemerosotan yang lebih curam, di mana angka Ogos turun daripada 47.3 kepada 44.1 sambil menunjukkan aktiviti sektor perkhidmatan jatuh secara mendadak dari bulan ke bulan. Permintaan pelanggan terhadap barangan dan perkhidmatan telah merosot dengan ketara terutamanya disebabkan oleh beberapa faktor termasuk kekurangan bahan, kelewatan penghantaran, kenaikan kadar faedah dan tekanan inflasi yang kukuh. Risiko penguncupan yang diperbaharui di AS menggesa para pelabur untuk melarikan diri dari pasaran dolar AS dan memasuki beberapa pasaran lain seperti Pound dan Euro. Semasa penulisan, indeks dolar turun 0.49% ke 108.50.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah naik 0.10% ke $93.70 setong kerana Arab Saudi mengemukakan idea bahawa OPEC+ mungkin mengurangkan pengeluaran minyak mereka untuk menyokong harga jika AS membatalkan sekatan eksport minyak terhadap Iran. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.09% ke $1746.40 satu troy auns berikutan pengeluaran data suram dari AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Jul) 0.4% 0.2%
22:00 USD – Pending Home Sales (MoM) (Jul) -8.6% -4.0%
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -7.056M -0.933M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya tahap rintangan sebelumnya di 108.50. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 109.70.

 

Tahap rintangan: 109.70, 111.20

Tahap sokongan: 108.50, 107.85

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.1800. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 1.1800, 1.1900

Tahap sokongan: 1.1620, 1.1485

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9915. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0000, 1.0075

Tahap sokongan: 0.9915, 0.9815

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 136.65. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 138.00.

 

 

Tahap rintangan: 138.00, 139.35

Tahap sokongan: 136.65, 135.25

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6860. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 0.6985, 0.7115

Tahap sokongan: 0.6860, 0.6725

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6245. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6245, 0.6360

Tahap sokongan: 0.6140, 0.6050

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.2985. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan.

 

Tahap rintangan: 1.3050, 1.3135

Tahap sokongan: 1.2985, 1.2925

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.9675. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas lilinnya berjaya menutup di atas tahap rintangan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 0.9675, 0.9750

Tahap sokongan: 0.9590, 0.9520

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 93.20. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 93.15, 98.20

Tahap sokongan: 90.35, 87.85

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1729.25. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1770.05, 1783.20

Tahap sokongan: 1729.25, 1707.90