24 Sept 2018 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: September 24 – 28
Kajian Pasaran (Forex): September 17 – September 21
Kajian Pasaran (Forex): September 17 – September 21
Dolar AS
Dolar AS telah melantun kembali dari paras rendah 2 bulan sebelum menutup pasaran pada hari Jumaat selepas tajuk utama Brexit menyebabkan sentimen pelabur beralih negatif terhadap aset yang lebih berisiko seperti pound sterling. Indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.32% sementara menutup pasaran pada hari Jumaat dengan harga 94.22.
Kebimbangan mengenai Brexit bertambah pada hari Jumaat apabila EU menolak rancangan Brexit Perdana Menteri UK Theresa May. Komen daripada May mengatakan bahawa perjanjian Brexit berada dalam keadaan yang tidak berkembang maju telah mengubah sentimen pelabur terhadap aset yang lebih berisiko dan mengubahkan portfolio mereka ke pasaran dolar yang lebih selamat. Lantunan harga dolar juga digalakkan oleh pelepasan data ekonomi AS Manufacturing PMI untuk September yang mempunyai bacaan sebenar 55.6 lebih tinggi daripada bacaan jangkaan sebanyak 55.0.
Secara keseluruhannya, dolar berjaya mengembalikan kekuatannya berbanding dengan saingannya selepas kejatuhan mingguan terbesar sejak 7 bulan lalu. Harga dolar pada minggu ini akan bergantung kepada keputusan kadar faedah oleh Fed pada hari Rabu serta langkah seterus Presiden AS Donald Trump dalam perang perdagangan.
USD/JPY
Pasangan USDJPY telah meningkat sebanyak 0.11% ke 112.60 semasa sesi dagangan lewat Jumaat.
EUR/USD
EURUSD telah menyusut sebanyak 0.24% ke 1.1749 pada sesi minggu lalu Jumaat.
GBP/USD
GBPUSD telah menjunam sebanyak 1.46% ke 1.3069 semasa sesi Jumaat lalu. Mata wang pound sterling telah menghilangkan semua keuntungannya sepanjang minggu lepas di tengah pertambahan kebimbangan terhadap komen dari Perdana Menteri UK Theresa May yang mengatakan bahawa perundingan post-Brexit terjadi buntu akibat penolakkan pelan post-Brexit beliau oleh pihak EU.
Kajian Pasaran (Komoditi): September 17 – September 21
GOLD
Harga emas menjunam apabila dolar mengukuh di tengah-tengah data ekonomi AS Manufacturing PMI yang positif pada Jumaat lepas. Logam kuning tersebut telah menutup pasaran dengan kejatuhan sebanyak 0.64% ke 1199.44 se troy auns pada minggu lepas.
Harga emas dilihat menurun ketika dolar bermula untuk mendapatkan semula momentum bullish akibat kebimbangan Brexit serta sentimen positif daripada data ekonomi Manufacturing PMI.
Crude Oil
Harga minyak mentah telah menutup harganya dengan lebih tinggi walaupun President AS Donald Trump mengatakan di Twitternya bahawa OPEC sewajarnya berhentikan peningkatan harga minyak dan menurunkan harga secepat mungkin. Harga komoditi tersebut telah melonjak sebanyak 0.75% ke $71.09 pada sesi Jumaat lepas.
Harga minyak mentah memulakan minggu dengan lebih rendah di tengah-tengah ketegangan yang semakin bertambah dalam perang perdagangan antara AS dan China ketika China membalaskan tarif AS ke atas $200 bilion barangan China dengan mengenakan tarif ke atas $60 bilion barangan China dan hal tersebut telah menurunkan harga minyak mentah. Komoditi tersebut berjaya untuk memulihkan kekuatannya sebelum menutup pasaran pada hari Jumaat meskipun Twitter President AS Donald Trump yang mengatakan kemarahan beliau terhadap keputusan OPEC yang memonopoli pasaran untuk meningkatkan harga dengan terlalu lebih dan ia sepatutnya bermula untuk menurunkan harga. Pelabur mengangku Tweet tersebut dan terus memberi tumpuan kepada data rig minyak mingguan yang merupakan penunjuk utama permintaan terhadap minyak yang akan datang. Sebaliknya, pelonjakkan harga minyak mentah telah dihadkan ketika laporan mengenai OPEC yang dijangka untuk membincangkan peningkatan pengeluaran minyak mentah sebanyak 500k tong sehari.
Secara keseluruhannya, harga minyak mentah boleh dilihat meningkat sepanjang minggu lepas apabila sentimen pelabur terhadap minyak mentah dikekalkan positif meskipun terdapat banyak berita buruk, dan ini mungkin disebabkan oleh ketibaan senksi Iran yang akan dilaksanakan pada awal November.
Pandangan Mingguan: September 24 – 28
Bagi minggu ini, pelabur akan terus memberi tumpuan mereka kepada pembebasan data-data ekonomi terutama dalam US Fed Interest Rate Decision yang dijadualkan pada minggu ini. Data tersebut yang akan memberi informasi kadar faedah baru untuk negara AS. Oleh itu, pelabur akan mengawasi pembebasan data tersebut untuk mendapat isyarat selanjutnya mengenai momentum dolar.
Bagi peniaga minyak, mereka akan melihat kepada data inventori AS yang dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekuatan permintaan minyak mentah untuk pengguna minyak terbesar di dunia.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: September 24 – 28
| Isnin, September 24 |
Data EUR – German Ifo Business Climate Index
Acara EUR – ECB President Draghi Speaks
|
| Selesa, September 25 |
Data USD – CB Consumer Confidence (Sep)
Acara N/A
|
| Rabu, September 26 |
Data USD – New Home Sales (Aug) CrudeOIL – Crude Oil Inventories
Acara USD – FOMC Member Bullard Speaks
|
| Khamis, September 27 |
Data USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Aug) USD – GDP (QoQ) (Q2) USD – Pending Home Sales (MoM) (Aug)
Acara NZD – RBNZ Press Conference
|
|
Jumaat, September 28
|
Data CNY – Caixin Manufacturing PMI (Sep) EUR – German Unemployment Change (Sep) GBP – GDP (YoY) (Q2) GBP – GDP (QoQ) (Q2) EUR – CPI (YoY) (Sep) CAD – GDP (MoM) (Jul)
Acara USD – Fed Chair Powell Speaks GBP – MPC Member Ramsden Speaks
|