24 September 2021 Analisis Sesi Petang
Dolar jatuh susulan kebimbangan terhadap kemuflisan China Evergrande.
Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah jatuh ke paras terendah satu minggu susulan dengan penyusutan dalam kebimbangan terhadap potensi kemuflisan China Evergrande yang meningkatkan sentimen risiko. Menurut kepada sumber, Evergrande berkemungkinan akan mengalami proses penstrukturan semula untuk membayar hutang yang telah ditangguhkan sebelum ini. Laporan dari Bank Pusat China menunjukkan bahawa mereka telah menjalankan operasi “reverse repo” yang bernilai 110 bilion yuan dalam 7 hari lalu. Langkah tersebut menunjukkan bahawa Bank Pusat China telah meningkatkan kecairan di pasaran kewangan sekiranya proses penstrukturan meningkatkan kesan negatif di masa depan. Ahli ekonomi berpendapat bahawa kerajaan China akan mengambil tindakan drastik untuk melindungi warganya yang telah membeli harta tanah yang dikembangkan oleh Evergrande. Lebih-lebih lagi, kerajaan China juga menekankan kepentingan terhadap proses penstrukturan agar momentum pemulihan ekonomi di China tidak terjejas. Pada masa penulisan, indeks dolar jatuh sebanyak 0.37% kepada $ 93.05.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.15% kepada $ 73.10 setong pada masa penulisan di tengah jangkaan terhadap bekalan yang lebih ketat. Menurut kepada data Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), kadar penggunaan kapasiti di kilang Pantai Timur AS meningkat kepada 93%, tertinggi sejak Mei 2019. Selain itu, beberapa ahli OPEC juga bergelut untuk meningkatkan pengeluaran kerana penangguhan dalam kerja penyelenggaraan . Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.54% kepada $1752,25 se troy auns semasa penulisan berikutan dengan kelemahan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
15:30 CHF SNB Monetary Policy Assessment
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:00 | EUR – German Ifo Business Climate Index (Sep) | 99.4 | 98.9 | – |
| 22:00 | USD – Fed Chair Powell Speaks | – | – | – |
| 22:00 | USD – New Home Sales (Aug) | 708K | 713K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 93.05. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokoangan tersebut.
Tahap rintangan: 93.65, 94.20
Tahap sokongan: 93.05, 92.65

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.3765. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1.3605.
Tahap rintangan: 1.3765, 1.3875
Tahap sokongan: 1.3605, 1.3460

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1705. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.1800.
Tahap rintangan: 1.1800, 1.1885
Tahap sokongan: 1.1705, 1.1625

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 110.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 110.75.
Tahap rintangan: 110.75, 111.55
Tahap sokongan: 110.20, 109.60

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.7335. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 0.7235.
Tahap rintangan: 0.7335, 0.7415
Tahap sokongan: 0.7235, 0.7150

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.7075. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 0.6990.
Tahap rintangan: 0.7075, 0.7145
Tahap sokongan: 0.6990, 0.6920

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.2685. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2685, 1.2770
Tahap sokongan: 1.2585, 1.2510

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.9240. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 0.9310.
Tahap rintangan: 0.9310, 0.9375
Tahap sokongan: 0.9240, 0.9185

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 72.45. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 72.45.
Tahap rintangan: 74.30, 77.00
Tahap sokongan: 72.45, 70.45

GOLD, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1745.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1778.55, 1806.85
Tahap sokongan: 1745.40, 1715.60