24 November 2021 Analisis Sesi Pagi
Paun Sterling meningkat berikutan dengan data ekonomi yang positif.
Paun Sterling meningkat berbanding dengan dolar AS di tengah-tengah data ekonomi yang baik. Menurut kepada Markit Economics, Composite Purchasing Managers’ Index (PMI) UK bagi bulan Oktober mencatat bacaan sebanyak 57.7, melebihi ramalan pasaran sebanyak 54.1. Kedua-dua sektor pembuatan dan perkhidmatan melaporkan momentum pemulihan berikutan dengan pelonggaran kawalan pergerakan walaupun menghadapi tekanan kos yang semakin meningkat. Tambahan pula, menurut kepada Reuters, perniagaan UK telah memaparkan peningkatan pada pengambilan pekerja dan peningkatan jawatan kosong yang mencecah paras rekod tertinggi. Namun penurunan dalam pengambilan pekerja daripada laporan PMI mencerminkan kesukaran dalam mencari pekerja yang baru. Menurut kepada ketua ekonomi perniagaan di penyedia data kewangan IHS Markit Chris Williamson, beliau berkata bahawa pertumbuhan perniagaan yang mantap, pasaran pekerjaan yang makin memulih dan tekanan inflasi yang melambung tinggi merupakan pemangkin untuk mendorong kepada Bank Pusat England (BoE) untuk meningkatkan kadar pinjaman mereka pada bulan Disember. Semasa penulisan, GBP/USD menurun sebanyak 0.08% kepada 1.3430.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 0.48% kepada $78.40 setong semasa penulisan di tengah-tengah reaksi OPEC mengenai pelepasan Rizab Petroleum Strategik (SPR) daripada AS. Menurut kepada ahli strategi ING Warren Patterson dan Wenyu Yao, OPEC akan menghentikan peningkatan bekalan minyak yang dirancangkan sebelum ini sebagai tindak balas terhadap keputusan AS untuk mengeluarkan stok dari rizabnya. Sebaliknya, harga emas menurun sebanyak 0.03% kepada $1789.25 se troy auns di tengah-tengah pengukuhan dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:00 | EUR – German Ifo Business Climate Index (Nov) | 97.7 | 96.6 | – |
| 21:30 | USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Oct) | 0.50% | 0.50% | – |
| 21:30 | USD – GDP (QoQ) (Q3) | 2.00% | 2.20% | – |
| 21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 268K | 260K | – |
| 23:00 | USD – New Home Sales (Oct) | 800K | 800K | – |
| 23:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -2.101M | -0.481M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 96.50, 97.00
Tahap sokongan: 96.15, 95.75

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 1.3410. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan penurunnya bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3410, 1.3470
Tahap sokongan: 1.3355, 1.3290

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 1.1285. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1285, 1.1370
Tahap sokongan: 1.1210, 1.1140

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah. MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya bagi tempoh masa pertengahan.
Tahap rintangan: 115.70, 116.20
Tahap sokongan: 114.90, 114.25

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 0.7260. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek .
Tahap rintangan: 0.7260, 0.7320
Tahap sokongan: 0.7220, 0.7170

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6985, 0.7030
Tahap sokongan: 0.6935, 0.6905

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.2660.
Tahap rintangan: 1.2730, 1.2775
Tahap sokongan: 1.2660, 1.2590

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan berlaku di 0.9240
Tahap rintangan: 0.9340, 0.9400
Tahap sokongan: 0.9260, 0.9200

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 78.35, 80.80
Tahap sokongan: 76.35, 74.35

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1799.70, 1817.15
Tahap sokongan: 1782.25, 1760.65