24 Disember 2019 Analisis Sesi Petang
Pasaran memeluk semangat cuti sempena hari Krismas.
Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama kekal stabil pada lewat sesi Asia menjelang Krismas. Susulan dengan pasaran meraikan cuti Krismas, pergerakan parasan telah dilemahkan oleh minggu percutian tersebut. Namun, dolar AS masih kekal meningkat berikutan dengan pasaran kekal bereaksi positif terhadap perkembangan perdagangan dan tanda-tanda ekonomi A.S yang baik walaupun dengan pasaran yang tipis. Mengenai hubungan antara A.S dan China, sentimen adalah bercampuran di mana Presiden AS Donald Trump menyatakan bahawa beliau mempunyai “perbincangan yang bagus” dengan China dan juga mengisyaratkan kebarangkalian untuk menandatangani perjanjian perdagangan pada bulan Januari. Tetapi, China sebaliknya mengkritik A.S. dalam mengganggu hal ehwal dalamannya mengenai Hong Kong, Taiwan dan perkara-perkara lain. Berita tersebut telah mengembalikan ketegangan antara kedua-dua negara tersebut dan juga mengurangkan kebarangkalian dalam menandatangani perjanjian perdagangan fasa satu. Walau bagaimanapun, data ekonomi baru-baru ini yang diterbitkan pada hari Jumaat menunjukkan ekonomi A.S sudah berada dalam perkembangan dengan tempoh yang paling lama dalam sejarah. Ini telah memberi dorongan yang berterusan untuk dolar AS sementara pasaran menanti perkembangan selanjutnya dalam perbincangan perdagangan bulan depan. Pada masa penulisan, indeks dolar menandakan lebih tinggi 0.03% kepada 97.23.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.06% kepada $ 60.56 setong semasa penulisan susulan dengan ramalan inventori yang lebih rendah. Menurut kepada tinjauan pendapat Reuters, pasaran menjangkakan stok mentah akan jatuh sekitar 1.8 juta tong pada minggu lalu dalam data yang akan datang. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.23% kepada $ 1488.63 se troy auns di tengah-tengah isu geopolitik dan kadar faedah yang rendah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 97.25. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 97.25, 97.70
Tahap sokongan: 96.85, 96.25

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan rata berhampiran dengan garisan MA 20 (Merah). MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah garisan MA 20 (Merah).
Tahap rintangan: 1.2965, 1.3035
Tahap sokongan: 1.2895, 1.2820

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.1075. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1170, 1.1240
Tahap sokongan: 1.1075, 1.1005

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan penguduran berlaku pada tahap rintangan sebelumnya di 109.70. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 109.25.
Tahap rintangan: 109.70, 110.25
Tahap sokongan: 109.25, 108.95

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas penguduran berlaku pada tahap rintangan di 0.6925. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengudurannya ke arah tahap sokongan di 0.6880.
Tahap rintangan: 0.6925, 0.6965
Tahap sokongan: 0.6880, 0.6850

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6620. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan di 0.6620.
Tahap rintangan: 0.6640, 0.6665
Tahap sokongan: 0.6620, 0.6600

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan di 1.3145. MACD yang memaparkan signal momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.3210.
Tahap rintangan: 1.3210, 1.3265
Tahap sokongan: 1.3145, 1.3085

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji garisan MA 50 (Biru). MACD yang menunjukkan momentum bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah garisan MA tersebut.
Tahap rintangan: 0.9845, 0.9885
Tahap sokongan: 0.9810, 0.9770

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan berlaku pada garisan MA 50 (Biru). MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi untuk menlanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 60.80.
Tahap rintangan: 60.80, 62.35
Tahap sokongan: 59.70, 58.60

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1490.15. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya memecah tahap rintangan di 1490.15.
Tahap rintangan: 1490.15, 1495.50
Tahap sokongan: 1484.70, 1477.60