25 Januari 2021 Analisis Mingguan
Laporan Mingguan GCMAsia: Januari 25 – 29
Reviu Pasaran (Forex): Januari 18 – 22
US Dollar
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah didagang dengan lebih rendah pada minggu lalu susulan dengan penyataan yang dovish dari Bank Pusat AS dan juga harapan terhadap rancangan rangsagnan ekonomi yang agresif telah mengurangkan daya tarikan ke atas Dolar AS. Walau bagaimanapun, Dolar AS telah mengehadkan kerugiannya selepas data-data ekonomi yang positif tela dibebaskan. Indeks dolar telah menutup harganya pada hari Jumaat yang lalu pada harga 90.15.
Pada masa kini, peserta pasaran membuat spekulasi bahawa Federal Open Market Committee kemungkinan akan melaksanakan pelonggaran dasar monetari dalam jangka masa panjang untuk memberangsangkan momentum ekonomi di Amerika Syarikat. Dasar monetari tersebut akan meningkatkan penawaran wang dan mengurangkan kadar faedah, yang selanjutnya mengurangkan daya tarikan ke atas permintaan Dolar AS pada masa yang akan datang. Selain itu, Presiden AS Joe Biden telah mengusulkan Covid-19 relief bill yang bernilai sebanyak $1.9 trilion. Oleh itu, para pelabur menjangkakan bahawa ekonomi dunia akan menunjukkan pertumbuhan yang kuat untuk suku keempat, mencetuskan keyakinan terhadap pemulihan ekonomi yang cepat sambil meningkatkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX. Peningkatan sentimen selera risiko akan terus mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka dari arah aset selemat ke aset berisiko Dolar Australian. Walau bagaimanapun, Dolar AS telah mengehadkan kerugiannya selepas data yang positif telah dibebaskan dari rantau A.S. Menurut kepada National Association of Realtor, A.S. Existing Home Sales telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 6.71M ke bacaan sebanyak 6.76M, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak 6.55M. Tambahan pula, A.S. Philadelphia Fed Manufacturing Indeks dan A.S. Building Permits telah memberi bacaan sebanyak 26.5 dan 1.709M, yang kedua-dua adalah lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 12.0 dan 1.604M masing-masing.
Walau bagaimanapun, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai vaksin Covid-19, rangsangan ekonomi yang agresif dari A.S. dan juga data-data ekonomi yang penting untuk menjangkakan pergerakan ke atas Dolar AS.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY telah didagang dengan lebih rendah pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 103.75. Momentum bearish untuk pasangan USD/JPY kebanyakan didorong oleh penyusutan dalam Dolar AS. Tambahan pula, peningkatan kes-kes Covid-19 yang ketara dan juga pemerintah kawalan yang dilaksanakan oleh kerajaan UK dan China telah mengurangkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat Yen Jepun.
EUR/USD
Pasangan EUR/USD telah mencatat keuntungannya pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.2175. Pasangan Euro telah melonjak selepas Bank Pusat Eropah (ECB) memutuskan untuk mengekalkan dasar kewangan dalam mesyuarat semalam. Pertama, ECB mengekalkan kadar faedahnya pada 0.00% seperti yang diramalkan, sementara meneruskan pembelian di bawah program pembelian kecemasan pandemik (PEPP) dengan jumlah keseluruhan € 1.850 bilion sehingga sekurang-kurangnya akhir bulan Mac 2022. Selain itu, banyak kecairan akan disediakan kepada bank melalui program TLTRO III untuk menyokong pinjaman bank kepada syarikat dan isi rumah. Walau bagaimanapun, ketua ECB Christine Lagarde mengulangi bahawa wabak coronavirus yang sedang berlaku masih menimbulkan “risiko serius” bagi ekonomi zon euro dan juga mengulangi bahawa prospek ekonomi masa depan tetap negatif kerana program vaksinasi telah terbukti mencabar, dan vaksinasi yang lambat telah menjejaskan kadar pemulihan ekonomi. Pada masa kini, para pelabur akan terus mematnau perkembangan mengenai vaksin Covid-19 untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.
GBP/USD
Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih rendah sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.3680. Paun Sterling telah menerima momentum bearish pada minggu yang lalu susulan dengan data-data ekonomi yang negatif dari rantau UK. Menurut kepada Office for National Statistiks, U.K. Retail Sales untuk bulan lepas telah memberi bacaan sebanyak 0.3%, lebih buruk daripada jangkaan sebanyak 1.2%. Tambahan pula, UK Composite Purchasing Managers’s Indeks (PMI) juga menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 50.4 ke bacaan sebanyak 40.6, yang juga lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 50.7. Oleh kerana kedua-dua data telah memberi bacaan yang buruk, yang selanjutnya mengurangkan keyakinan pasaran ke atas perkembangan ekonomi di UK sambil mencetuskan beberapa penjualan ke atas Paun Sterling.
Reviu Pasaran (Komoditi): Januari 18 – 22
GOLD
Harga emas telah mencatat keuntungannya sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1852.35 se troy auns susulan dengan harapan terhadap rancangan rangsangan ekonomi yang agresif dari kerajaan A.S. dan juga dasar pelonggaran dari Bank Pusat AS telah mencetuskan risiko inflasi pada masa yang akan datang, yang selanjutnya meningkatkan permintaan yang ketara ke atas aset selamat tersebut. Kadar inflasi yang lebih tinggi biasanya akan cendurung mengurangkan nilai mata wang. Justerunya, ketika inflasi tetap tinggi dalam jangka panjang, pasaran emas akan menjadi alat yang efektif untuk melindungi diri dari keadaan inflasi. Para pelabur akan memberikan fokus ke atas perkembangan mengenai rangsangan ekonomi yang agresif dari pentadbiran Biden untuk menjangkakan pergerakan ke atas komoditi tersebut.
Crude Oil
Harga minyak telah didagang dengan lebih rendah sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $51.95 se tong. Pasaran minyak mentah telah mengalami penjualan yang ketara susulan dengan peningkatan kes-kes Covid-19 yang ketara telah mencetuskan prospek negatif ke atas permintaan minyak mentah pada masa yang akan datang. Tambahan pula, minyak mentah telah melanjutkan kerugiannya selepas data inventori EIA pada minggu yang lalu telah memberi bacaan yang negatif. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), Inventori minyak mentah A.S. telah meningkat dengan ketara dari bacan terdahulu sebanyak -3.247M ke bacaan sebanyak 4.351M, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak -1.167M. Walau bagaimanapun, minyak mentah telah melanjutkan kerugiannya selepas beberapa negara seperti China dan UK telah melaksanakan dasar-dasar lock-down, yang selanjutnya mengurangkan daya tarikan ke atas minyak mentah.
Tinjauan Pasaran: Januari 25 – 29
Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan mengenai data penting seperti FOMC Interest rate dan juga perkembangan Covid-19 untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.
Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.
Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Januari 25 – 29
| Masa | Pasaran | Acara | Sebenar | Ramalan | Terdahulu |
| Isnin – 25hb Januari 2021 | |||||
| 16:45 | EUR | ECB President Lagarde Speaks | – | – | – |
| 17:00 | EUR | German Ifo Business Climate Index (Jan) | – | 91.8 | 92.1 |
| Selasa – 26hb Januari 2021 | |||||
| 00:15 | EUR | ECB President Lagarde Speaks | – | – | – |
| 15:00 | GBP | Average Earnings Index +Bonus (Nov) | – | 2.9% | 2.7% |
| 15:00 | GBP | Claimant Count Change (Dec) | – | – | 64.3K |
| 23:00 | USD | CB Consumer Confidence (Jan) | – | 89.0 | 88.6 |
| Rabu – 27hb Januari 2021 | |||||
| 08:30 | AUD | CPI (QoQ) (Q4) | – | 0.7% | 1.6% |
| 21:30 | USD | Core Durable Goods Orders (MoM) (Dec) | – | 0.5% | 0.4% |
| 23:30 | CrudeOIL | Crude Oil Inventories | – | – | -3.247M |
| Khamis – 28hb Januari 2021 | |||||
| 03:00 | USD | FOMC Statement | – | – | – |
| 03:00 | USD | Fed Interest Rate Decision | – | 0.25% | 0.25% |
| 03:30 | USD | FOMC Press Conference | – | – | – |
| 21:30 | USD | GDP (QoQ) (Q4) | – | 4.0% | 33.4% |
| 21:30 | USD | Initial Jobless Claims | – | 878K | 900K |
| 23:00 | USD | New Home Sales (Dec) | – | 860K | 841K |
| Jumaat – 29hb Januari 2021 | |||||
| 17:00 | EUR | German GDP (QoQ) (Q4) | – | – | 8.5% |
| 17:00 | EUR | German Unemployment Change (Jan) | – | 3K | -37K |
| 21:30 | CAD | GDP (MoM) (Nov) | – | 0.4% | 0.4% |
| 23:00 | USD | Pending Home Sales (MoM) (Dec) | – | -0.6% | -2.6% |