83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

25 Januari 2021                Analisis Sesi Pagi

 

Paun sterling merosot disebabkan oleh data ekonomi yang suram.

Paun sterling yang bertindak sebagai salah satu mata wang utama yang didagang di pasaran FX merosot berikutan dengan serangkaian data ekonomi yang suram telah mengukuhkan pandangan pasaran mengenai kesan negatif sekatan penguncian terhadap ekonomi UK. Jumaat lalu, data dari industri perkilangan dan perkhidmatan UK menandakan kemerosotan ekonomi di tengah-tengah sekatan penguncian negara ketiga, yang memaksa sebahagian besar aktiviti ekonomi dihentikan untuk mengekang penyebaran wabak. Menurut kepada Markit Economics, Composite PMI UK dibebaskan pada bacaan sebanyak 40.6, tersasar ramalan ahli ekonomi pada 50.7, menunjukkan bahawa ekonomi terjejas oleh langkah penguncian yang berterusan kerana ia mengurangkan perbelanjaan dan perdagangan pengguna. Selain itu, bacaan yang lebih lemah daripada dijangkakan dalam data Retail Sales UK telah membuktikan bahawa sekatan ini telah menjejaskan pemulihan ekonomi UK. Dengan latar belakang ekonomi yang semakin merosot, para pelabur sekarang menumpukan perhatian mereka pada langkah masa depan yang akan diambil oleh Bank of England (BoE) seperti melonggarkan lagi dasar monetari mereka yang termasuk menerapkan kadar faedah negatif dalam mesyuarat BoE yang akan datang. Semasa sesi dagangan awal Asia, pasangan GBP/USD jatuh sebanyak 0.02% ke 1.3682.

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah melantun sebanyak 0.60% ke $52.22 setong selepas menjunam ke tahap terendah dalam tempoh dua minggu pada hari Jumaat disebabkan oleh peningkatan inventori AS baru-baru ini telah mengurangkan daya tarikan produk komoditi hitam ini. Menurut kepada EIA, tahap Inventori Minyak Mentah AS telah meningkat sebanyak 4.351M, secara tidak dijangka lebih tinggi daripada ramalan ahli ekonomi pada -1.167M, mencetuskan kebimbangan pasaran terhadap keseimbangan pembekalan dan permintaan. Selain itu, harga emas melonjak 0.12% ke $1857.57 setroy auns di tengah penyebaran wabak di seluruh dunia yang semakin serius telah meningkatkan permintaan di pasaran aset selamat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                    Pasaran               Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                    Pasaran               Acara

16:45                    EUR                                     ECB President Lagarde Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:00 EUR – German ifo Business Climate Index (Jan) 92.1 91.8

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 90.25.

 

Tahap rintangan: 90.25, 90.60

Tahap sokongan: 89.90, 89.60

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke tahap rintangan di 1.3700.

 

Tahap rintangan: 1.3700, 1.3805

Tahap sokongan: 1.3620, 1.3535

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2155.

 

Tahap rintangan: 1.2205, 1.2250

Tahap sokongan: 1.2155, 1.2120

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji garisan aliran menurun. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah garisan aliran menurun tersebut.

 

Tahap rintangan: 104.00, 104.35

Tahap sokongan: 103.70, 103.35

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebleumnya di 0.7735. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.7670.

 

Tahap rintangan: 0.7735, 0.7770

Tahap sokongan: 0.7670, 0.7635

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.7165. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7235, 0.7305

Tahap sokongan: 0.7165, 0.7090

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.2695. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2800.

 

Tahap rintangan: 1.2800, 1.2865

Tahap sokongan: 1.2695, 1.2615

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan rata berdekatan tahap rintangan di 0.8855. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.8855, 0.8885

Tahap sokongan: 0.8820, 0.8795

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 51.65. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 52.60.

 

Tahap rintangan: 52.60, 53.75

Tahap sokongan: 51.65, 50.65

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1842.90. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1861.05.

 

Tahap rintangan: 1861.05, 1871.90

Tahap sokongan: 1842.90, 1825.40