83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

25 Februari 2019                                Analisis Sesi Pagi

 

 

Dolar susut susulan isyarat dovish.

Dolar AS mengalami tekanan menurun pada lewat sesi dagangan Jumaat berikutan dengan komen dovish yang disampaikan oleh ahli penggubal dasar Bank Pusat AS (Fed). Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.12% ke 96.35. Menurut kepada Timbalan Pengerusi Fed Randal Quarles, beliau mengulas bahawa sekiranya pelan untuk normalisasi penyata imbangan bertentangan dengan objektif semasa, maka mereka akan menimbang semula cara pengendalian tersebut pada masa depan. Pelan normalisasi telah digunakan untuk membendung penyusutan pada pasaran pekerjaan serta kadar inflasi semasa. Komen yang disampaikan oleh beliau memberi isyarat bahawa Fed sedang bersiap sedia untuk menghentikan pelan tersebut dan ini memberi isyarat tambahan ke atas pemberhentian pengetatan dasar kewangan di AS. Sebaliknya, pound sterling meningkat sebanyak 0.05% ke 1.3059 berbanding dengan dolar AS semasa sesi dagangan Asia. Untuk setakat ini, PM Theresa May sedang berusaha untuk mengubah perjanjian sempadan Ireland dan inisiatif seperti ini meningkatkan kemungkinan perjanjian Brexit untuk diluluskan di dalam parlimen UK.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.22% ke $56.89 setong. Harga minyak menerima sokongan semenjak hari Jumaat yang lepas selepas Baker Hughes melaporkan penyusutan kali pertama semenjak tiga minggu lepas pada pelantar minyak di AS sebanyak 4 ke 853. Selain itu, kemajuan yang positif pada rundingan perdagangan AS-China juga telah meningkaktan optimisme pasaran terhadap jangkaan ekonomi dan permintaan bagi komoditi tersebut. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.02% ke $1,327.86 se troy auns berikutan dengan penyusutan kemungkinan kenaikan kadar di AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

18:00                     GBP                        BoE Gov Carney Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 96.25. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan indeks ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di bawah tahap tersebut.

 

Tahap rintangan: 96.60, 96.80

Tahap sokongan: 96.25, 96.00

 

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia melantun dari paras bawahnya. Namun, kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga mencadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 1.3085, 1.3125

Tahap sokongan: 1.3025, 1.2990

 

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia melantun dari paras bawahnya. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 1.1355, 1.1375

Tahap sokongan: 1.1330, 1.1300

 

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia melantun dari paras bawahnya. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 111.00, 111.45

Tahap sokongan: 110.50, 110.00

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7070. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.7170.

 

Tahap rintangan: 0.7170, 0.7225

Tahap sokongan: 0.7105, 0.7070

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 0.6855. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.6890.

 

Tahap rintangan: 0.6890, 0.6910

Tahap sokongan: 0.6855, 0.6830

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di paras bawah saluran menurun menyempit. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di paras bawahnya.

 

Tahap rintangan: 1.3175, 1.3220

Tahap sokongan: 1.3120, 1.3070

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di paras bawah segi tiga menurun. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan sasaran di 0.9995.

 

Tahap rintangan: 1.0040, 1.0080

Tahap sokongan: 0.9995, 0.9970

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk meneruskan kenaikan selepas pemecahan berlaku di 57.45.

 

Tahap rintangan: 57.45, 58.55

Tahap sokongan: 56.45, 55.60

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1333.00. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1329.00, 1333.00

Tahap sokongan: 1323.00, 1315.00