83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

25 Mac 2022                        Analisis Sesi Pagi

Dolar AS meningkat susulan dengan data optimis dan jangkaan hawkish.

Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama telah melanjutkan keuntungannya berlatarbelakangkan data ekonomi yang optimis daripada Amerika Syarikat semalam. Menurut kepada Department of Labor, AS Initial Jobless Claims telah menurun dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 215K ke bacaan sebanyak 187K, lebih baik daripada ramalan pasaran sebanyak 212K, mencapai tahap terendah sejak September 1969. Walaupun, AS Durable Goods Order menurun secara tidak dijangka pada bulan Februari kerana tertangguh penghantaran serta masalah kekurangan bekalan. Data-data ekonomi positif dan kenyataan hawkish daripada Rizab Persekutuan telah mengukuhkan harapan terhadap pelaksanaan dasar monetari yang lebih agresif. Jangkaan untuk kenaikan 50 mata asas semasa mesyuarat Mei 2022 kini telah mencapai kebarangkalian sebanyak 70.5%, menurut alat FedWatch CME. Semasa penulisan, Dolar AS telah meningkat sebanyak 0.15% ke 98.75.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 0.05% ke $113.50 setong semasa penulisan selepas Kesatuan Eropah menolak cadangan untuk mengharamkan bekalan Rusia. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.07% ke $1959.20 di tengah-tengah sentimen penghindaran risiko dalam pasaran kewangan global berikutan peningkatan ketegangan antara Rusia dan Ukraine.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

18:00                     EUR                                        EU Leaders Summit

 

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:00 GBP – Retail Sales (MoM) (Feb) 1.90% 0.80%
17:00 EUR – German Ifo Business Climate Index (Mar) 98.9 94
22:00 USD – Pending Home Sales (MoM) (Feb) -5.70% 1.50%

 

 

 

Analisis Teknikal

 

DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 99.35, 100.40

Tahap sokongan: 97.80, 96.45

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3285, 1.3420

Tahap sokongan: 1.3195, 1.3125

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.0985. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan.

 

Tahap rintangan: 1.1135, 1.1245

Tahap sokongan: 1.0985, 1.0895

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 122.95, 125.55

Tahap sokongan: 119.90, 116.15

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 0.7525, 0.7595

Tahap sokongan: 0.7410, 0.7250

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6975. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6975, 0.7045

Tahap sokongan: 0.6905, 0.6800

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2635, 1.2750

Tahap sokongan: 1.2485, 1.2315

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 0.9310, 0.9425

Tahap sokongan: 0.9115, 0.9035

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 112.95, 116.55

Tahap sokongan: 107.95, 104.40

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1973.00, 2005.00

Tahap sokongan: 1946.35, 1912.60