25 Mei 2022 Analisis Sesi Petang
Dolar AS merosot di tengah-tengah kebimbangan kemelesetan ekonomi.
Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama melanjutkan kerugiannya sejak semalam di tengah-tengah latar belakang kebimbangan kemelesetan ekonomi daripada pasaran. Walaupun pelaksanaan kenaikan kadar berkemungkinan akan memerangi risiko inflasi, kos pinjaman di rantau AS akan meningkat dengan ketara jika Fed memutuskan untuk melaksanakan dasar monetari pengetatan yang agresif. Perbelanjaan pengguna akan mengurang apabila kos pinjaman meningkat, yang membawa prospek negatif ke arah kemajuan ekonomi di AS. Selain itu, data ekonomi yang negatif telah mendorong lagi momentum bearish ke atas Dolar AS. Menurut kepada Census Bureau, New Home Sales AS telah menurun daripada bacaan sebelumnya sebanyak 709K ke 591K, lebih kurang daripada ramalan pasaran sebanyak 750K. Data yang lebih rendah daripada jangkaan menunjukkan bahawa kemelesetan dalam pasaran bangunan AS, yang mengurangkan daya tarikan pasaran ke atas Dolar AS. Semasa penulisan, Indeks Dolar meningkat sebanyak 0.11% ke 101.98.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 1.10% ke $110.97 setong semasa penulisan, dirangsang oleh bekalan yang ketat dan prospek permintaan yang meningkat daripada permulaan musim memandu musim panas AS yang akan datang. Sebaliknya, harga emas menyusut sebanyak 0.36% ke $1858.69 setiap auns troy semasa penulisan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
11:00 NZD RBNZ Press Conference
16:00 EUR ECB President Lagarde Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
14:00 | EUR – German GDP (QoQ) (Q1) | 0.2% | 0.2% | – |
20:30 | USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Apr) | 1.2% | 0.6% | – |
22:30 | USD – Crude Oil Inventories | 8.487M | 1.383M | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 102.50, 103.15
Tahap sokongan: 101.75, 100.95
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1.2535, 1.2615
Tahap sokongan: 1.2430, 1.2360
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.0770, 1.0850
Tahap sokongan: 1.0685, 1.0605
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 127.20, 128.00
Tahap sokongan: 126.25, 125.10
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.7155, 0.7235
Tahap sokongan: 0.7075, 0.6995
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6500, 0.6580
Tahap sokongan: 0.6425, 0.6350
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1.2875, 1.2970
Tahap sokongan: 1.2765, 1.2635
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.9675, 0.9740
Tahap sokongan: 0.9595, 0.9520
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 113.10, 115.95
Tahap sokongan: 110.65, 107.50
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1878.85, 1901.20
Tahap sokongan: 1855.05, 1833.15