83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

25 Jun 2021                         Analisis Sesi Petang

 

Dolar merosot susulan dengan data lemah baru-baru ini.

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah jatuh berikutan dengan pengeluaran data yang lemah baru-baru ini. Menurut kepada Biro Analisis Ekonomi AS (BEA), data GDP AS meningkat seiring dengan jangkaan sebanyak 6.4% untuk suku pertama. Walaupun begitu, data tersebut menunjukkan bahawa momentum pemulihan ekonomi di AS mungkin telah mencapai kapasiti yang maksimum dan akan menurun sedikit pada masa yang akan datang. Selain itu, data Core Durable Goods Orders A.S. juga menyusut kepada 0.3% berbanding dengan jangkaan pasaran sebanyak 0.8%. Data Initial Jobless Claims AS juga lebih lemah daripada jangkaan dengan 411K berbanding dengan 380K. Pada masa penulisan, indeks dolar jatuh sebanyak 0.06% kepada 91.73.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.03% kepada $ 73.67 setong semasa penulisan berikutan dengan sentimen positif terhadap perjanjian infrastruktur A.S. Presiden Joe Biden menyatakan bahawa Parti Demokratnya berjaya mencapai perjanjian infrastruktur yang kontroversial dengan persaingannya Parti Republik, tanpa sebarang kenaikan cukai yang terlibat. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.16% kepada $ 1777.91 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah kelemahan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap rintangan 91.75. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 91.30.

 

Tahap rintangan: 91.75, 92.25

Tahap sokongan: 91.30, 90.90

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.3935. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3830.

 

Tahap rintangan: 1.3935, 1.4020

Tahap sokongan: 1.3830, 1.3755

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1920. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1985.

 

Tahap rintangan: 1.1985, 1.2070

Tahap sokongan: 1.1920, 1.1845

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap sokongan 110.80. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 111.60, 112.20

Tahap sokongan: 110.80, 110.30

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.7595. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 0.7545.

 

Tahap rintangan: 0.7595, 0.7650

Tahap sokongan: 0.7545, 0.7475

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.7065. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 0.7000.

 

Tahap rintangan: 0.7065, 0.7135

Tahap sokongan: 0.7000, 0.6925

 

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.2350.

 

Tahap rintangan: 1.2350, 1.2420

Tahap sokongan: 1.2275, 1.2185

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.9195. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9135.

 

Tahap rintangan: 0.9195, 0.9245

Tahap sokongan: 0.9135, 0.9090

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tingi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 72.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 74.20.

 

Tahap rintangan: 74.20, 76.30

Tahap sokongan: 72.40, 70.25

 

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dengan rata dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1767.55. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1812.10, 1856.00

Tahap sokongan: 1767.55, 1725.50