25 Ogos 2020 Analisis Sesi Tengah Hari
Aussie meningkat susulan penyusutan ketegangan AS-China.
Dolar Aussie yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah mendapat kembali momentum dan meningkat semasa lewat sesi Asia berikutan dengan perkembangan yang positif dalam perjanjian perdagangan China fasa pertama. Wakil perdagangan AS Robert Lighthizer dan setiausaha perbendaharaan Robert Mnuchin telah mengambil bahagian dalam panggilan berjadual dengan Naib Perdana Menteri China, Liu He untuk membincangkan mengenai pelaksanaan dalam perjanjian perdagangan fasa pertama yang telah dicapai pada awal tahun ini. Menurut kepada pernyataan rasmi, kedua-dua pihak telah menyaksikan kemajuan yang sedang berterusan dan berusaha untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan bagi memastikan kejayaan perjanjian tersebut. Berdasarkan dengan berita perdagangan yang positif, sentimen risiko telah melonjak dan mendorong mata wang Aussie dengan lebih tinggi. Pada masa penulisan, AUD/USD meningkat sebanyak 0.19% kepada 0.7172.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah tetap stabil dan meningkat sebanyak 0.60% kepada $42.55 setong semasa penulisan berikutan dengan pengurangan dalam pengeluaran yang didorong oleh ribut kekal mempengaruhi sentimen. Oleh kerana ribut Marco dan Laura, para pengeluar telah menutup lebih daripada 1.5 juta tong pengeluaran minyak luar pesisir yang pada masa ini telah membantu menyokong harga komoditi. Sebaliknya, harga emas turun sebanyak 0.05% kepada $ 1934.42 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan selera risiko yang meningkat di pasaran telah menarik para pelabur untuk menukar portfolio mereka ke pasaran yang lebih berisiko.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | EUR – German GDP (QoQ) (Q2) | -2.2% | -10.1% | – |
| 16:00 | EUR – German Ifo Business Climate Index (Aug) | 90.5 | 92.0 | – |
| 22:00 | USD – CB Consumer Confidence (Aug) | 92.6 | 93.0 | – |
| 22:00 | USD – New Home Sales (Jul) | 776K | 786K | – |
| 04:30
(26hb) |
CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -4.264M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 93.25. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 92.60.
Tahap rintangan: 93.25, 94.10
Tahap sokongan: 92.60, 92.10

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3045. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3140.
Tahap rintangan: 1.3140, 1.3255
Tahap sokongan: 1.3045, 1.2985

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.1840.
Tahap rintangan: 1.1840, 1.1900
Tahap sokongan: 1.1770, 1.1705

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 106.15.
Tahap rintangan: 106.15, 106.95
Tahap sokongan:105.05, 104.30

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan aliran menaik. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7180.
Tahap rintangan: 0.7180, 0.7205
Tahap sokongan: 0.7145, 0.7110

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6535. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 0.6535, 0.6615
Tahap sokongan: 0.6480, 0.6380

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3150. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntugannnya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3315.
Tahap rintangan: 1.3315, 1.3500
Tahap sokongan: 1.3150, 1.3025

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap tertinggi saluran menurun. Oleh disebabkan kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu lebih banyak isyarat sebelum memasuki ke pasaran tersebut.
Tahap rintangan: 0.9120, 0.9200
Tahap sokongan: 0.9050, 0.8975

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 42.75.
Tahap rintangan: 42.75, 43.40
Tahap sokongan: 42.05, 41.15

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1905.85. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih tinggi.
Tahap rintangan: 2069.75, 2147.50
Tahap sokongan: 1905.85, 1761.65