25 Ogos 2021 Analisis Sesi Petang
Dolar New Zealand merosot susulan data perdagangan yang lemah.
Dolar New Zealand yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain telah jatuh dengan latar belakang data ekonomi yang lemah. Menurut kepada Statistik New Zealand, data Trade Balance New Zealand untuk bulan Julai telah menurun dari bacaan sebelumnya 245M hingga -402M. Maklumat yang lebih lanjut menunjukkan bahawa Import meningkat dari $5.71B kepada $6.16B sementara Eksport turun dari $5.96B kepada $ 5.75B. Data yang kecewa tersebut menunjukkan kelembapan momentum ekonomi di New Zealand yang disebabkan oleh wabak koronavirus baru-baru ini. Di samping itu, bank pusat New Zealand (RBNZ) telah memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah pada 0.25% untuk terus memberikan sokongan kepada pemulihan ekonomi dari pandemik Covid-19 susulan dengan risiko koronavirus yang berterusan. Dari segi koronavirus, New Zealand melaporkan 148 kes koronavirus baru pada semalam, lonjakan harian yang tertinggi dalam kitaran semasa. Pada masa penulisan, NZD/USD turun sebanyak 0.14% kepada 0.6940.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak 0.05% kepada $67.05 setong pada masa penulisan susulan dengan isu bekalan. Menurut kepada American Petroleum Institute, stok minyak mentah mingguan API telah memberi bacaan sebanyak -1.622M, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak -2.367M. Sebaliknya, harga emas turun sebanyak 0.50% kepada $1794.01 se troy auns pada masa penulisan selepas lantunan dolar.
Today’s Holiday Market Close
Time Market Event
N/A
Today’s Highlight Events
Time Market Event
N/A
Today’s Highlight Economic Data
| Time | Nation & Data | Previous | Forecast | Actual |
| 16:00 | German Ifo Business Climate Index (Aug) | 100.8 | 100.4 | – |
| 20:30 | Core Durable Goods Orders (MoM) (Jul) | 0.50% | 0.50% | – |
| 22:30 | Crude Oil Inventories | -3.234M | -1.055M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 93.10. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 93.10, 93.70
Tahap sokongan: 92.65, 92.15

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.3745. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1.3600.
Tahap rintangan: 1.3745, 1.3885
Tahap sokongan: 1.3600, 1.3460

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.1765. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1705.
Tahap rintangan: 1.1765, 1.1830
Tahap sokongan: 1.1705, 1.1625

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 109.60. baru-baru ini. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 110.15.
Tahap rintangan: 110.15, 110.75
Tahap sokongan: 109.60, 109.15

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.7250. Namun, MACD yang memapakan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 0.7150.
Tahap rintangan: 0.7245, 0.7330
Tahap sokongan: 0.7150, 0.7075

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.6925. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7000, 0.7075
Tahap sokongan: 0.6925, 0.6815

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.2585. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 1.2675.
Tahap rintangan: 1.2675, 1.2770
Tahap sokongan: 1.2585, 1.2440

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.9200.
Tahap rintangan: 0.9200, 0.9245
Tahap sokongan: 0.9100, 0.9025

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 68.35. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 65.35.
Tahap rintangan: 68.35, 71.00
Tahap sokongan: 65.35, 61.60

GOLD, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1792.35. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan 1792.35.
Tahap rintangan: 1831.85, 1866.85
Tahap sokongan: 1792.35, 1760.35