83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

25 September 2017                Analisis Mingguan

 

Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: September 25 – 29

Kajian Pasaran (Forex): September 18 – 22

Dolar A.S.

Dolar AS susut berbanding dengan mata wang utama lain pada hari Jumaat selepas ketegangan diantara Amerika Syarikat dan Korea Utara diperbaharui. Indeks dolar menurun sebanyak 0.12% sambil menutup posisi mingguan di paras 92.14.

 

Para pelabur bergesa untuk membeli instrumen safe haven seperti Yen Jepun dan Swiss Franc selepas Korea Utara menyatakan bahawa mereka berkemungkinan untuk menguji bom hidrogen di Lautan Pasifik. Ancaman sedemikian adalah untuk bertindak balas ke atas Presiden AS Donald Trump yang telah mengancam untuk “memusnahkan” negara itu di hadapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) jika Korea Utara terus meneruskan cita-cita pembangunan senjata nuklear.

 

Sebelum ini, dolar telah mencecah paras tertinggi sejak pertengahan bulan Julai berbanding Yen Jepun pada hari Khamis yang lalu selepas Bank of Japan mengekalkan kadar faedah mereka dengan tidak berubah. Secara keseluruhannya, kerugian yang dicatatkan pada dolar AS telah dihadkan selepas Bank Pusat AS (Fed) memberi isyarat untuk menaikkan kadar faedah mereka buat kali ketiga menjelang akhir tahun ini.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY memangkas keuntungan sebanyak 0.43% ke 111.98 semasa lewat sesi perdagangan hari Jumaat.

 

EUR/USD

Euro meneruskan kenaikannya berbanding dengan dolar selepas ia meningkat sebanyak 0.13% ke $1.1957.

 

GBP/USD

GBP/USD menjunam sebanyak 0.53% ke $1.3510 pada lewat sesi dagangan hari Jumaat. Pound sterling menerima tekanan menjual yang lebih tinggi selepas agensi penarafan kredit Moody menurunkan taraf kredit UK dari Aa1 ke Aa2.

 

 

Kajian Pasaran (Komoditi): September 18 – 22

GOLD

Harga emas ditawarkan dengan lebih tinggi pada hari Jumaat sambil memangkas kerugiannya memandangkan risiko geopolitik meningkat di Semenanjung Korea. Harga logam berharga tersebut melonjak sebanyak 0.51% dan menutup minggu yang lalu di paras $1,301.45.

 

Permintaan pasaran untuk aset selamat meningkat selepas Korea Utara berkemungkinan untuk menguji bom hidrogen di Lautan Pasifik, sebagai tindak balas terhadap ucapan Presiden AS Donald Trump di hadapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Para pelabur akan mengagihkan modal mereka kepada aset yang lebih selamat bagi memastikan nilainya tidak terjejas.

 

 

Crude Oil

Harga minyak mentah meneruskan keuntungannya pada hari Jumaat yang lalu, sambil berlegar berhampiran dengan tahap penutup yang tertinggi di dalam tempoh beberapa bulan berikutan dengan prospek optimistik terhadap pengimbangan semula di dalam pasaran global. Harganya meningkat sebanyak 11 sen atau 0.2% ke $50.66 setong. Untuk minggu lalu, komoditi tersebut telah mencatat keuntungan sebanyak 1.5%, sambil mencatat peningkatan untuk minggu ketiga yang berturut-turut.

 

Keyakinan terhadap aset tersebut tercetus selepas mesyuarat utama di antara ahli dan bukan ahli OPEC pada hari Jumaat yang lalu melaporkan kadar pematuhan yang lebih tinggi terhadap perjanjian pemotongan harian mereka. Kartel tersebut dan pengeluar utama lain telah berjaya untuk mengurangkan output mereka dengan kadar pematuhan sebanyak 116% bagi bulan Ogos, peningkatan yang kukuh berbanding dengan bulan sebelumnya yang hanya mempunyai 94%.

 

Di Amerika Syarikat pula, para peserta pasaran telah bersorak kepada data perindustrian yang menunjukkan trend menurun pada bilangan pelantar minyak yang aktif dan ia mencadangkan fenomena pengetatan dalam pengeluaran domestik. Pembekal perkhidmatan Baker Hughes melaporkan bahawa jumlah pelantar minyak bagi minggu lalu telah susut sebanyak 5 ke paras 744 sambil menandakan kemerosotan untuk minggu yang ketiga berturut-turut.

 

Walaubagaimanapun, kenaikan pada harganya adalah masih terhad berikutan dengan peningkatan yang berterusan ke atas inventori minyak mentah di A.S.. Merujuk kepada Energy Information Administration, stok minyak mentah telah meningkat bagi minggu ketiga berturut-turut sebanyak 4.591 juta tong pada minggu lalu, mencerminkan penutupan hab penapisan minyak akibat daripada Taufan Harvey.

 

 

Baker Hughes Oil Rig Count A.S

Bilangan pelantar minyak yang aktif di A.S. telah menurun sebanyak 5 dan jumlah keseluruhan kini di paras 744.

 

US Crude Oil Stocks Change

—– Ramalan

 

Stok minyak mentah telah meningkat untuk minggu yang ketiga dengan jumlah sebanyak 4.591 juta tong.


 

Pandangan Mingguan: September 25 – 29

Untuk minggu ini, para peserta pasaran akan mengalih perhatian mereka kepada Pengerusi Fed Janet Yellen yang akan menyampaikan ucapan beliau pada hari Selasa bagi mendapatkan petunjuk selanjutnya mengenai kenaikan kadar faedah yang akan datang. Selain itu, sepasang ucapan oleh Presiden ECB Mario Draghi akan di fokus bagi melihat isyarat yang lebih lanjut mengenai inisiatif penarikan dasar kewangan yang longgar.

 

Bagi pedagang minyak, mereka akan melihat kepada tahap inventori AS yang bakal dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan dari pengguna minyak terbesar di dunia.

 

Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: September 25 – 29

Isnin, September 25  

Data

EUR – German Ifo Business Climate Index (Sep)

 

Acara

JPY – BoJ Governor Kuroda Speaks

USD – FOMC Member Dudley Speaks

EUR – ECB President Draghi Speaks

 

Selasa, September 26  

Data

NZD – ANZ Business Confidence (Sep)

USD – CB Consumer Confidence (Sep)

USD – New Home Sales (Aug)

 

Acara

USD – FOMC Member Kashkari Speaks

USD – FOMC Member Mester Speaks

USD – FOMC Member Brainard Speaks

USD – Fed Chair Yellen Speaks

 

Rabu, September 27  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Aug)

USD – Pending Home Sales (MoM) (Aug)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

 

Acara

CAD – BoC Gov Poloz Speaks

USD – FOMC Member Bullard Speaks

USD – FOMC Member Brainard Speaks

 

Khamis, September 28  

Data

NZD – RBNZ Interest Rate Decision

EUR – German CPI (YoY) (Sep)

USD – GDP (QoQ) (Q2)

USD – Initial Jobless Claims

 

Acara

NZD – RBNZ Rate Statement

USD – FOMC Member Rosengren Speaks

JPY – BoJ Governor Kuroda Speaks

GBP – BoE Gov Carney Speaks

USD – FOMC Member George Speaks

USD – FOMC Member Stanley Fischer Speaks

 

 

Jumaat, September 29

 

 

Data

CNY – Caixin Manufacturing PMI (Sep)

EUR – German Unemployment Change (Sep)

GBP – GDP (QoQ) (Q2)

EUR – CPI (YoY) (Sep)

USD – Core PCE Price Index (MoM) (Aug)

USD – Personal Spending (MoM) (Aug)

CAD – GDP (MoM) (Jul)

USD – Chicago PMI (Sep)

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

EUR – ECB President Draghi Speaks

GBP – BoE Gov Carney Speaks

USD – FOMC Member Harker Speaks

 

 

 

 

Analisis Teknikal Mingguan: September 25 – 29

Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah memangkas kerugian seawalnya selepas ia melantun dan kini sedang menguji di tahap sokongan 92.00. Penunjuk MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan indeks dolar untuk meneruskan kenaikannya dan menguji di paras atas saluran menurun tersebut.

 

Tahap rintangan: 93.00, 94.00

Tahap sokongan: 92.00, 91.00


 

GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dan kini sedang menguji di tahap rintangan 1.3560. Kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak dan menuju ke atas selepas pembentukan corak silang emas mencadangkan pasangan tersebut untuk menaik selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 1.3560.

 

Tahap rintangan: 1.3560, 1.3905

Tahap sokongan: 1.3220, 1.2795

 


 

USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah memangkas kerugian seawalnya selepas ia melantun dari tahap sokongan 111.65. Penunjuk MACD histogram memaparkan penyusutan pada isyarat menaik mencadangkan USDJPY untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Namun, sebarang penutupan di atas tahap 112.85 akan mencadangkan pasangan tersebut untuk meneruskan aliran menaiknya selepas itu.

 

Tahap rintangan: 112.85, 114.35

Tahap sokongan: 111.65, 110.85

 


 

EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menaik dan kini sedang menguji di paras bawahnya. MACD histogram yang memaparkan isyarat menurun yang ketara mencadangkan kemungkinan untuk berlakunya pemecahan dan memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya.

 

Tahap rintangan: 1.2100, 1.2340

Tahap sokongan: 1.1910, 1.1610

 


 

GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas ditawarkan dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1299.05. Kedua-dua garisan isyarat dari MACD histogram yang masih melebarkan jarak ke bawah mencadangkan harga komoditi ini untuk meneruskan momentum menurunnya selepas ia menutup di bawah garisan 60-MA (hijau).

 

Tahap rintangan: 1299.05, 1321.35

Tahap sokongan: 1281.00, 1263.00

 


 

CrudeOil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah didagang di dalam saluran menyempit menaik selepas ia berundur dari paras atasnya. Penunjuk MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek dan menuju ke arah tahap sokongan di 50.00.

 

Tahap rintangan: 51.65, 53.00

Tahap sokongan: 50.00, 48.50