83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

25 September 2019                           Analisis Sesi Petang

Greenback meningkat, beri tumpuan kepada perang perdagangan.

Greenback mencatat kenaikan apabila dibandingkan dengan mata wang yang lain susulan dengan prospek positif terhadap AS dan China untuk menamatkan konflik ekonomi yang membawa kepada tarif pada beratus-ratus bilion barangan. Menurut kepada United Nations General Assembly di New York, Donald Trump menegaskan sentimen positif terhadap pencapaian perjanjian dengan Beijing. “Mudah-mudahan kami dapat mencapai persetujuan yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara. Walau bagaimanapun, saya tidak akan menerima persetujuan yang buruk untuk rakyat Amerika”, dikatakan oleh Trump. Namun, para pelabur masih bimbang bahawa ucapan yang sensitif akan mencetuskan kemarahan kerajaan China dan meningkatkan ketegangan perdagangan, yang selanjutnya mendorong greenback untuk mencatat kerugian. Sebaliknya, Yen Jepun mencatat kenaikannya susulan dengan kenaikan sentimen penghindaran risiko. Spekulasi menimbulkan kebimbangan tentang kenaikan ketegangan perdagangan berikutan dengan penyataan Presiden A.S Donald Trump. Selain itu, Yen Jepun meningkat susulan dengan kejatuhan hasil Perbendaharaan AS kepada paras terendah mingguan dan keputusan suram dari US Consumer Confidence pada September. Data tersebut telah membawa kepada prospek pesimisme terhadap ekonomi dunia, yang selanjutnya memberi tekanan bullish ke atas aset selamat seperti Yen Jepun. Semasa penulisan, Indeks dolar meningkat sebanyak 0.15% ke 98.06 dan USD/JPY mencatat kenaikan sebanyak 0.21% ke 107.32.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat susulan dengan Arab Saudi mengeksportkan minyak mentah dengan kadar yang lebih rendah ke negara lain, diulas oleh penyelidik yang mengira penghantaran minyak global. Sebaliknya, harga emas mencatat kenaikan berikutan dengan kritikan Trump yang mendorong para pelabur mengalihkan pelaburan ke aset selamat. Semasa penulisan, harga minyak mentah mencatat kenaikan sebanyak 0.18% ke $56.92 se tong dan harga emas menyusut sebanyak 0.19% ke $1526.35 se troy auns.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Time Nation & Data Previous Forecast Actual
22:00 USD – New Home Sales (Aug) 635K 660K
22:30 USD – Crude Oil Inventories 1.058M -0.249M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji garisan 20 (Merah) dan 50 (Biru) MA. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya memecah kedua dua garisan MA.

 

Tahap rintangan: 98.40, 98.65

Tahap sokongan: 98.00, 97.50

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.2515. MACD yang mula membentuk silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2515, 1.2665

Tahap sokongan: 1.2325, 1.2165

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang memaparkan isyaray silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan 1.0965.

 

Tahap rintangan: 1.1150, 1.1300

Tahap sokongan: 1.0965, 1.0855

 

USDJPY, H1:USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan berlaku pada tahap rintangan sebelumnya 107.25. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan keuntungannya ke arah tahap rintangan 107.75.

 

Tahap rintangan: 107.75, 108.25

Tahap sokongan: 107.25, 106.65

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 0.6795. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6750.

 

Tahap rintangan: 0.6795, 0.6835

Tahap sokongan: 0.6750, 0.6695

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya 0.6295. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6360.

 

Tahap rintangan: 0.6360, 0.6425

Tahap sokongan: 0.6295, 0.6255

 

USDCAD, Daily: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi yang ketat. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka masa pendek ke arah paras rendah saluran sisi.

 

Tahap rintangan: 1.3335, 1.3530

Tahap sokongan: 1.3145, 1.3020

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan berlaku pada garisan trend menaik. MACD yang memaparkan momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah and menuju ke arah tahap sokongan 0.9810.

 

Tahap rintangan: 0.9885, 0.9945

Tahap sokongan: 0.9810, 0.9690

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 56.90. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk menurun selepas ia berjaya memecah tahap sokongan 56.90.

 

Tahap rintangan: 58.55, 60.35

Tahap sokongan: 56.90, 55.90

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya 1508.20. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meneruskan keuntungan dan menuju ke arah tahap rintangan 1551.90.

 

Tahap rintangan: 1551.90, 1595.00

Tahap sokongan: 1508.20, 1485.65