83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

25 Oktober 2022                                Analisis Sesi Petang

Yen menyusut apabila BOJ dijangka untuk mengekalkan kadar faedah negatif.

USD/JPY yang didagang secara meluas oleh para pelabur melantun semula selepas penurunan mendadak pada hari Jumaat di tengah-tengah campur tangan daripada Bank of Japan (BoJ). Menurut kepada Reuters, mata wang Jepun melonjak lebih daripada 7% berbanding Dolar AS, kerana kerajaan dan BoJ melaksanakan intervensi tanpa diumumkan dalam pasaran forex. Lebih $33.6 bilion telah dijual oleh BoJ untuk menyokong Yen, dilaporkan oleh The Financial Times. Walaupun begitu, aliran keseluruhan USD/JPY kekal menaik berikutan BoJ dijangka mengekalkan kadar faedah rendahnya. Walaupun BoJ dijangka menaikkan ramalan inflasi pada hari Jumaat, tetapi ia berkemungkinan mengekalkan kadar negatif untuk menyokong ekonomi yang rapuh. Sebaliknya, kenaikan kadar 75 mata asas daripada Fed dijangka oleh para pelabur, yang menyebabkan perbezaan kadar faedah BoJ dan Fed menjadi lebih luas. Keadaan tersebut telah mendorong para pelabur untuk melarikan diri daripada pasaran mata wang Jepun dan membeli Dolar AS. Semasa penulisan, USD/JPY menyusut sebanyak 0.10% ke 148.80.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.40% ke $84.93 setong setakat ini di tengah-tengah jangkaan pemotongan keluaran daripada OPEC+ yang akan bermula dari November. Di samping itu, harga emas meningkat sebanyak 0.12% ke $1651.78 se-troy auns semasa penulisan susulan dengan kelemahan Dolar AS.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:00 EUR – German Ifo Business Climate Index (Oct) 84.3 83.3
22:00 USD – CB Consumer Confidence (Oct) 108.0 106.5

 

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 113.15, 114.40

Tahap sokongan: 111.55, 109.95

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 1.1370, 1.1635

Tahap sokongan: 1.1165, 1.0940

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9905, 0.9990

Tahap sokongan: 0.9810, 0.9730

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ua melantun dari tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 150.25, 152.80

Tahap sokongan: 147.65, 144.80

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 0.6370, 0.6470

Tahap sokongan: 0.6265, 0.6175

 

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.5725, 0.5805

Tahap sokongan: 0.5635, 0.5545

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 1.3820, 1.3990

Tahap sokongan: 1.3635, 1.3455

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.0005, 1.0105

Tahap sokongan: 0.9930, 0.9860

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 86.05, 89.00

Tahap sokongan: 82.45, 79.60

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 1633.15, 1678.70

Tahap sokongan: 1648.45, 1635.45