83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

25 November 2019                           Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS meningkat susulan optimisme perdagangan.

Dolar AS telah melanjutkan kenaikannya pada hari Jumaat yang lepas berlatarbelakangkan optimisme perdagangan serta data ekonomi yang positif dari rantau tersebut. Di dalam satu temuduga bersama Fox News, Presiden AS Donald Trump mengulas bahawa pencapaian perjanjian perdagangan dengan China adalah “sangat dekat” dan beliau menyatakan untuk tidak menandatangani rang undang-undang yang telah diluluskan pada minggu lepas untuk menyokong autonomi Hong Kong bagi mencapai konsensus bersama Beijing. Komen beliau telah membantu untuk mengurangkan kekhuatiran di dalam pasaran oleh kerana perang perdagangan diantara AS dan China telah membawa impak yang ketara ke atas momentum ekonomi global. Selain itu, dolar AS telah menerima sokongan bullish yang lebih lanjut selepas Michigan Consumer Sentiment bagi bulan November memberi bacaan sebanyak 96.8, lebih tinggi daripada ramalan ekonomis iaitu 95.7. Sementara itu, pound sterling telah mengalami tekanan menurun pada hari Jumaat lepas berikutan dengan pembebasan data yang kurang memuaskan. Kedua-dua data PMI bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan memberi bacaan di bawah jangkaan sebanyak 48.3 dan 48.6 masing-masing. Ia telah mengurangkan sentimen optimisme pasaran terhadap ekonomi di UK. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.29% ke 98.13 sementara GBP/USD melantun sebanyak 0.16% ke 1.2851.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah didagang secara rata berhampiran $57.84 setong. Pra pelabur masih memantau data stok minyak dari AS serta mesyuarat agung OPEC yang bakal diadakan pada bulan depan untuk meramal pergerakan harga komoditi ini bagi jangka pertengahan. Sementara itu, harga emas susut sebanyak 0.01% ke $1,462.29 se troy auns berikutan dengan dolar AS yang lebih kukuh.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:00 EUR – German Ifo Business Climate Index (Nov) 94.6 95.0

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 98.20. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 98.20.

 

Tahap rintangan: 98.20, 98.55

Tahap sokongan: 98.10, 97.70

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meningkat bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.2800, 1.2930

Tahap sokongan: 1.2820, 1.2750

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.1050, 1.1085

Tahap sokongan: 1.1010, 1.0965

 

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang di dalam formasi segi tiga menyempit. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 108.75, 109.00

Tahap sokongan: 108.35, 108.00

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari 0.6780. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.6820, 0.6875

Tahap sokongan: 0.6780, 0.6725

 

NZDUSD, H1: NZDUSD kekal didagang di dalam formasi segi tiga menyempit. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu pemecahan sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 0.6430, 0.6465

Tahap sokongan: 0.6405, 0.6370

 

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang di dalam formasi saluran menaik. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah 1.3340.

 

Tahap rintangan: 1.3340, 1.3385

Tahap sokongan: 1.3280, 1.3220

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan 0.9965. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 1.0000.

 

Tahap rintangan: 1.0000, 1.0025

Tahap sokongan: 0.9965, 0.9940

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tinggi. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 58.15, 59.00

Tahap sokongan: 57.40, 56.95

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 1457.00.

 

 

Tahap rintangan: 1472.00, 1483.60

Tahap sokongan: 1457.00, 1442.90