83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

25 November 2019                           Analisis Sesi Petang

Yen Jepun menyusut susulan optimisme perdagangan.

Aset selamat seperti Yen Jepun telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan harapan terhadap resolusi perang perdagangan telah meningkat dan data Amerika Syarikat yang kukuh, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset berisiko. Menurut daripada Reuters, China telah membuat keputusan untuk meningkatkan penalti bagi pelanggaran hak harta intelek dan cuba menyelesaikan perselisihan dalam rundingan perdagangan Sino-AS. Tambahan pula, Yen Jepun melanjutkan kerugiannya selepas Presiden China Xi JinPing pada hari Jumaat yang lalu menegaskan bahawa dia mahu mencapai persetujuan dengan Amerika Syarikat, sementara itu Presiden AS Donald Trump menegaskan bahawa proses perbincangan perdagangan berjalan dengan lancar. Selain itu, Penasihat Keselamatan Nasional A.S Robert O’Brien pada hari Sabtu yang lalu menegaskan bahawa perjanjian perdagangan mungkin akan ditandatangani pada akhir tahun ini. Sentimen positif tersebut telah memberi tekanan bearish ke atas pasangan aset selamat seperti Yen Jepun. Walau bagaimanapun, ketegangan yang semakin meningkat di Hong Kong telah menjadi sebagai sesuatu komplikasi yang baru dalam perbincangan perdagangan di antara Sino-AS, yang selanjutnya mungkin akan meningkatkan ketidakpastian untuk perang perdagangan. Sebaliknya, Paun Sterling telah mencatat keuntungannya susulan dengan prospek positif terhadap soft-Brexit. Menurut daripada CNN, Perdana Menteri UK Boris Johnson berjanji bahawa dia akan mencapai Brexit yang lebih lanjut dan membawa perjanjian untuk meninggalkan Kesatuan Eropah ke UK parlimen sebelum Krismas. Namun, data yang suram dari rantau UK telah mengehadkan keuntungan pasangan Paun Sterling. Semasa penulisan, USD/JPY telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.12% ke 108.75 manakala GBP/USD telah melonjak sebanyak 0.13% ke 1.2845.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.10% ke $57.84 se tong. Para pelabur akan memantau data inventori minyak mentah dari rantau U.S serta mesyuarat OPEC yang dijadualkan pada bulan depan untuk menjangkakan pergerakan komoditi tersebut. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.04% ke $1461.00 se troy auns susulan dengan prospek positif terhadap perang perdagangan.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:00 EUR – German Ifo Business Climate Index (Nov) 94.6 95.0

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Dollar indeks telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 97.95. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 98.20.

 

Tahap rintangan: 98.20,98.40

Tahap sokongan: 97.95, 97.75

 

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2965. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2765.

 

Tahap rintangan: 1.2965, 1.3180

Tahap sokongan: 1.2765, 1.2550

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1010. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1080.

 

Tahap rintangan: 1.1080, 1.1165

Tahap sokongan: 1.1010, 1.0955

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 108.65. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 108.85.

 

Tahap rintangan: 108.85, 109.10

Tahap sokongan: 108.65, 108.40

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6785. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6825.

 

Tahap rintangan: 0.6825, 0.6850

Tahap sokongan: 0.6785, 0.6760

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.6410. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6435.

 

Tahap rintangan: 0.6435, 0.6455

Tahap sokongan 0.6410, 0.6390

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3265. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3325, 1.3375

Tahap sokongan: 1.3265, 1.3210

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.9980. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9945.

 

Tahap rintangan: 0.9980, 1.0010

Tahap sokongan: 0.9945, 0.9900

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 58.65. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 58.65, 60.50

Tahap sokongan: 56.75, 55.40

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1459.40. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1464.10.

 

Tahap rintangan: 1464.10, 1469.15

Tahap sokongan: 1459.40, 1454.40