83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

25 November 2021                            Analisis Sesi Pagi

 

Indeks Dolar melonjak susulan dengan data ekonomi yang positif.

Indeks Dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah melonjak dengan ketara berikutan dengan data ekonomi yang baik. Menurut kepada Department of Labor, Initial Jobless Claims AS bagi minggu lepas menurun daripada bacaan sebelumnya sebanyak 270K kepada 199K, lebih baik daripada jangkaan bacaan sebanyak 260K. Penurunan tuntutan baharu untuk faedah pengangguran telah menurun ke paras terendah sejak tahun 1969 menunjukkan bahawa momentum ekonomi kekal mampan walaupun menghadapi kekurangan bekalan dan keadaan pandemik yang berterusan. Menurut kepada Reuters, penurunan dalam tuntutan pengangguran adalah konsisten dengan data peruncitan dan pengeluaran daripada sektor pembuatan telah mencadangkan ekonomi makin memulih pada suku keempat. Sementara itu, GDP AS pada suku ketiga menunjukkan kadar pertumbuhan yang sederhana dengan mencatat bacaan sebanyak 2.1%, lebih rendah daripada ramalan pasaran sebanyak 2.2%. Namun, pasaran membuat spekulasi bahawa perbelanjaan pengguna memperoleh momentumnya. Ini adalah akibat daripada lonjakan jualan peruncitan kerana para pengguna mula membeli-belah menjelang percutian lebih awal untuk mengelakkan masalah kekurangan barangan bekalan dan membayar lebih untuk barangan yang terhad. Semasa penulisan, Indeks Dollar meningkat sebanyak 0.01% kepada 96.80.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.16% kepada $78.35 setong semasa penulisan berikutan data inventori minyak yang bearish. Menurut kepada Energy Information Administration, inventori minyak mentah A.S. mencatat bacaan sebanyak 1.017M, lebih teruk daripada ramalan pasaran sebanyak -0.481M. Sebaliknya, harga emas menurun sebanyak 0.05% kepada $1787.95 se troy auns di tengah-tengah pengukuhan dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

All Day                   USD                      Thanksgiving Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

20:30                     EUR                      ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting

21:30                     EUR                      ECB President Lagarde Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Acara Terdahulu Ramalan Sebenar
15:00                 EUR – German GDP (QoQ) (Q3) 1.80% 1.80%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 96.85, 97.20

Tahap sokongan: 96.50, 96.15

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 1.3355. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3355, 1.3410

Tahap sokongan: 1.3290, 1.3220

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 1.1285. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek selepas ia memecahkan 1.1210.

 

Tahap rintangan: 1.1210, 1.1285

Tahap sokongan: 1.1140, 1.1065

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah. MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya bagi tempoh masa pertengahan.

 

Tahap rintangan: 115.70, 116.20

Tahap sokongan: 114.90, 114.25

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 0.7210. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek .

 

Tahap rintangan: 0.7210, 0.7275

Tahap sokongan: 0.7170, 0.7105

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 0.6900. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6900, 0.6960

Tahap sokongan: 0.6865, 0.6805

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.2660.

 

Tahap rintangan: 1.2730, 1.2775

Tahap sokongan: 1.2660, 1.2590

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.9345, 0.9365

Tahap sokongan: 0.9325, 0.9305

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 78.80, 79.95

Tahap sokongan: 77.40, 76.30

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1799.70, 1817.15

Tahap sokongan: 1782.25, 1760.65