83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

26 Januari 2021                  Analisis Sesi Petang

Dolar tetap kukuh berikutan keraguan terhadap rangsangan A.S.

Semasa sesi Asia lewat, dolar AS yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah meningkat kerana keraguan terhadap rangsangan AS telah mengurangkan sentimen pasaran dan mencetuskan pasaran untuk beralih ke pasaran yang selamat. Setakat ini, para pelabur berpendapat bahawa kawalan Demokrat terhadap Kongres A.Syang dimenangi pada pemilihan Senat pada awal Januari dapat melancarkan perkembangan dalam perbelanjaan bantuan pandemik yang sangat besar. Namun, selera risiko telah menurun dengan perlahan-lahan sementara perselisihan yang biasa telah muncul untuk menangguhkan rangsangan AS dari Presiden Joe Biden $ 1.9 trilion. Beberapa senator telah membantah aspek-aspek tertentu dari cadangan tersebut, seperti pembayaran langsung untuk keluarga yang menjana pendapatan sebanyak $300,000 setahun. Pada masa yang sama, peningkatan dalam kes koronavirus di dunia juga mengurangi selera risiko pasaran dan meningkatkan permintaan dolar AS sebagai mata wang selamat. Pada masa penulisan, indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.03% kepada 90.27.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah merosot sebanyak 0.74% kepada $52.45 setong semasa penulisan susulan dengan kenaikan dalam kes koronavirus dan keraguan terhadap rangsangan AS. Negara-negara Eropah telah menetapkan sekatan yang ketat untuk mengawal penyebaran virus, sementara China melaporkan peningkatan kes COVID-19 baru yang telah mempengaruhi prospek permintaan pengguna tenaga yang terbesar di dunia. Selain itu, pegawai pentadbiran Biden juga berusaha dalam meyakinkan para penggubal undang-undang Republik tentang keperluan untuk lebih banyak rangsangan dan menimbulkan pertanyaan mengenai bila ia akan disetujui. Sebaliknya, harga emas turun sebanyak 0.09% kepada $ 1860.05 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kenaikan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

All Day                   AUD                                       Australia Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:00 GBP – Average Earning Index + Bonus (Nov) 2.7% 2.9%
15:00 GBP – Claimant Count Change (Dec) 64.3K 35.0K
23:00 USD – CB Consumer Confidence (Jan) 88.6 89.0

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 90.45. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 90.45, 90.90

Tahap sokongan: 89.80, 89.15

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan 1.3685. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3625.

 

Tahap rintangan: 1.3685, 1.3735

Tahap sokongan: 1.3625, 1.3545

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2135. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2180, 1.2215

Tahap sokongan: 1.2135, 1.2075

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 103.65. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut

 

Tahap rintangan: 103.85, 104.00

Tahap sokongan: 103.65, 103.45

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7735. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.7735, 0.7785

Tahap sokongan: 0.7670, 0.7610

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7235. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7165.

 

Tahap rintangan: 0.7235, 0.7305

Tahap sokongan: 0.7165, 0.7110

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.2720. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2805, 1.2865

Tahap sokongan: 1.2720, 1.2630

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.8845. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.8920.

 

Tahap rintangan: 0.8920, 0.8980

Tahap sokongan: 0.8845, 0.8800

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 51.75. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 54.00, 55.80

Tahap sokongan: 51.75, 50.00

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1861.20. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1861.20 1875.00

Tahap sokongan: 1843.30, 1827.50