26 Februari 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar ditekan selepas Tweet Trump.
Dolar AS telah melanjutkan kerugiannya pada awal sesi Asian selepas Presiden AS Donald Trump menyeru untuk melanjutkan tarikh akhir rundingan perdagangan pada 1hb Mac. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.09% ke 96.25. Penampilan aset dolar telah menyusut berikutan dengan optimisme yang menyelubungi rundingan AS-China dan ia telah meningkatkan permintaan para pelabur terhadap mata wang dan aset dari negara yang masih membangun. Pada hari Ahad yang lepas, Trump telah membebaskan tweet untuk melanjutkan tarikh akhir serta bercadang untuk bertemu dengan pemimpin China Xi Jingping di Mar-a-Lago bagi menandatangani perjanjian perdagangan tersebut. Pengumuman beliau telah meningkatkan harapan bahawa kedua-dua negara tersebut akan mencapai perjanjian tidak lama lagi walaupun beberapa pegawai kerajaan China menegaskan bahawa mereka masih mempunyai konflik diantara satu sama lain. Sebaliknya, pasangan GBP/USD melonjak sebanyak 0.21% ke 1.3122 pada awal pagi tadi. Sterling menerima sokongan menaik ke paras tinggi empat minggu selepas Bloomberg melaporkan bahawa PM Theresa May sedang bercadang untuk melanjutkan tarikh Brexit serta mengekalkan UK dari berpisah keluar dengan EU tanpa sebarang perjanjian.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.60% ke $55.37 setong. Harga minyak menurun selepas Trump membebaskan tweet bahawa harga minyak adalah terlalu tinggi dan beliau menyeru OPEC untuk menurunkannya ke paras yang rendah. Sementara itu, harga emas menokok sebanyak 0.01% ke $1,327.42 se troy auns sementara para pelabur memantau risiko yang masih berlegar di dalam pasaran kewangan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
18:00 GBP Inflation Report Hearings
Tentatif GBP UK Prime Minister Theresa May Speaks
23:00 USD Fed Chair Powell Testifies
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:00 | EUR – GfK German Consumer Climate (Mar) | 10.8 | 10.8 | – |
| 21:30 | USD – Building Permits (Dec) | 1.322M | 1.290M | – |
| 23:00 | USD – CB Consumer Confidence (Feb) | 120.2 | 124.7 | – |
| 05:30 (27hb) | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 1.260M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah 96.25. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah paras bawah saluran menurun.
Tahap rintangan: 96.25, 96.60
Tahap sokongan: 96.00, 95.70

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3125. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 1.3125.
Tahap rintangan: 1.3125, 1.3160
Tahap sokongan: 1.3085, 1.3025

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.1355. Oleh kerana MACD dan pergerakan harga tidak memberikan isyarat yang kukuh, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan telah berlaku sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.1375, 1.1400
Tahap sokongan: 1.1355, 1.1330

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 111.00. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 111.45, 112.20
Tahap sokongan: 111.00, 110.50

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7170. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia berjaya untuk memecahkan tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7170, 0.7225
Tahap sokongan: 0.7105, 0.7070

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6890. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6890, 0.6910
Tahap sokongan: 0.6855, 0.6830

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang secara tipis sementara menguji berhampiran dengan tahap sokongan di 1.3175. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah 1.3175.
Tahap rintangan: 1.3220, 1.3280
Tahap sokongan: 1.3175, 1.3120

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 0.9995.
Tahap rintangan: 1.0040, 1.0080
Tahap sokongan: 0.9995, 0.9970

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan harganya untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 55.60, 56.45
Tahap sokongan: 54.30, 53.00

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang di dalam segi tiga menyempit selepas ia berundur dari paras atasnya. Namun, oleh kerana MACD dan pergerakan harga tidak memaparkan isyarat yang kukuh, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1329.00, 1333.00
Tahap sokongan: 1323.00, 1315.00