26 Februari 2020 Analisis Sesi Tengah Hari
Yen Jepun menyusut susulan laporan ujian koronavirus.
Yen Jepun yang dianggap sebagai mata wang yang selamat telah jatuh pada sesi Asia lewat selepas laporan mengenai Singapura telah membuat ujian baru untuk mewujudkan hubungan antara kes-kes. Pada awal hari Selasa, Singapura telah mengumumkan bahawa pasukan penyelidikan perubatan telah membuat ujian serologi pertama di dunia yang boleh digunakan untuk mewujudkan hubungan antara pesakit koronavirus. Ujian ini boleh mengenal pasti antibodi dalam sampel darah yang dihasilkan oleh sistem imun sebagai tindak balas terhadap jangkitan dan ia membantu penyiasat untuk menentukan hubungan antara dua kumpulan yang sedia ada pada pesakit Covid-19 di negara. Perkembangan yang positif ini telah meningkatkan optimisme para pelabur dan mengurangkan sentimen mengelak risiko. Pada masa penulisan, USD / JPY telah meningkat 0.27% kepada $ 110.47.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.09% kepada $ 50.09 setong pada masa penulisan berikutan dengan kebimbangan terhadap koronavirus kekal menguasai pasaran. Wabak koronavirus telah merebak ke lebih banyak negara di mana jumlah kematian virus Iran meningkat kepada 16, yang tertinggi di luar China, dan jangkitan yang lebih banyak di Korea Selatan dan Itali. Wabak koronavirus ini yang merebak dengan cepat boleh terus menjejaskan ekonomi global dan permintaan minyak dan menarik sentimen pelabur. Sebaliknya, harga emas telah jatuh sebanyak 0.11% ke $ 1642.06 se troy auns semasa penulisan susulan pengambilan keuntungan yang berterusan .
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
21:30 EUR ECB President Lagarde Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 23:00 | USD – New Home Sales (Jan) | 694K | 715K | – |
| 23:30 | CrudeOIL – U.S Crude Oil Inventories | 0.414M | 2.494M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily:Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 98.95. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 99.80, 100.45
Tahap sokongan: 98.95, 98.25

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3010. MACD yang memapakran momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2980.
Tahap rintangan: 1.3010, 1.3035
Tahap sokongan: 1.2980, 1.2955

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.0780. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.0900.
Tahap rintangan: 1.0900, 1.1005
Tahap sokongan: 1.0780, 1.0655

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 110.20. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 112.20, 113.60
Tahap sokongan: 110.20, 108.35

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6720. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap soknogan 0.6480.
Tahap rintangan: 0.6720, 0.6915
Tahap sokongan: 0.6480, 0.6285

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6310. MACD yang memaparkan isyarat bearish bias mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6355, 0.6420
Tahap sokongan: 0.6310, 0.6250

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 1.3315. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3315, 1.3425
Tahap sokongan: 1.3220, 1.3135

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9755. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9790.
Tahap rintangan: 0.9790, 0.9840
Tahap sokongan: 0.9755, 0.9715

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 49.65. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 50.55.
Tahap rintangan: 50.55, 51.25
Tahap sokongan: 49.65, 48.95

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1674.70. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1561.80.
Tahap rintangan: 1674.70, 1764.20
Tahap sokongan: 1561.80, 1449.30