83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

26 Mac 2018               Analisis Mingguan

 

Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Mac 26 – 30

Kajian Pasaran (Forex): Mac 19 – 23

Dolar A.S.

Dolar AS telah melanjutkan kerugiannya pada lewat sesi Amerika hari Jumaat yang lalu sementara para pelabur beralih kepada aset selamat berlatarbelakangkan risiko politik dan perdagangan yang berpunca dari Washington. Indeks dolar menjunam sebanyak 0.42% sambil mengakhiri minggu lalu di sekitar 89.48 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain.

 

Pada hari Khamis yang lalu, Presiden AS Donald Trump telah mengumumkan tarif ke atas barangan import China yang berjumlah $50 bilion bagi mengurangkan defisit perdagangan sambil menghukum China yang didakwa mencuri hak intelektual syarikat AS. Sebagai tindak balas, China mengumumkan bahawa mereka bakal mengenakan tarif ke atas 128 senarai barangan import AS yang berjumlah sebanyak $3 bilion. Ketegangan diantara dua negara tersebut telah meningkatkan kebimbangan bahawa ia persaingan perdagangan berkemungkinan dicetuskan dan ia tidak membawa manfaat kepada mana-mana pihak.

 

Selain itu, dolar menerima tekanan menjual yang lebih lanjut susulan dengan ancaman Trump untuk veto bil perbelanjaan yang telah diluluskan pada hari Jumaat yang lalu oleh kerana ia tidak meliputi pembiayaan bagi pembinaan dinding sempadan dan bantuan kepada 800,000 individual di bawah program Deferred Action for Childhood Arrivals (DACA). Namun, kerugian yang dialami adalah terhad selepas Trump menandatangani bil tersebut sambil mengekspresikan kekecewaan beliau.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY menjunam sebanyak 0.51% ke 104.74 berikutan dengan permintaan yang lebih tinggi terhadap aset selamat berlatarbelakangkan risiko pasaran yang lebih tinggi.

 

 

EUR/USD

Euro meningkat sebanyak 0.41% sambil menutup minggu lalu di paras $1.2352 berbanding dengan dolar.

 

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.24% ke $1.4131 selepas zon Eropah dilaporkan bersetuju untuk membincang mengenai pelan perdagangan selepas Brexit dengan UK.

Kajian Pasaran (Komoditi): Mac 19 – 23

GOLD

Harga emas melonjak sehingga ke paras tertinggi di dalam tempoh masa sebulan berikutan dengan permintaan yang tinggi berlatarbelakangkan ketegangan perdagangan AS-China yang mampu mencetuskan persaingan perdagangan global pada masa hadapan. Aset selamat tersebut melonjak sebanyak 1.37% sambil menutup dagangan minggu lalu disekitar $1,347.23 se troy auns.

 

Dua ekonomi yang terbesar di dunia berdepan dengan ketegangan yang lebih tinggi selepas AS mengumumkan tarif ke atas $60 bilion barangan import dari China bagi mengurangkan defisit perdagangan dan menghukum mereka dari mencuri hak intelektual AS.

 

Sebagai tindak balas, China bakal mengumumkan tarif ke atas $3 bilion barangan import AS yang berkemungkinan dikenakan duti sebanyak 15% dan tarif sebanyak 25%. Selain itu, aset selamat tersebut menerima sokongan meningkat yang lebih tinggi susulan dengan penjualan dolar AS oleh kerana persaingan dagangan boleh menjejaskan perkembangan ekonomi AS kelak.

 

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya susulan dengan laporan di mana Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC) dan Rusia berkemungkinan untuk melanjutkan pelan pembekuan bekalan minyak harian sehingga ke tahun 2019. Harga komoditi berharga tersebut meningkat sebanyak 2.56% dan mengakhiri minggu lalu di paras tinggi sebulan iaitu $65.75 se tong.

 

Menurut kepada Menteri Tenaga Arab Sadi Khalid al-Falih, beliau mengulas bahawa ahli OPEC perlu koordinasi dengan Rusia dan pengeluar minyak bukan ahli OPEC untuk membeku paras pengeluaran harian sehingga ke tahun 2019 bagi mengurangkan kelebihan stok. Terdahulu, OPEC telah melaksanakan inisiatif untuk mengurangkan pembekalan harian sebanyak 1.8 juta tong bagi menyokong harga minyak. Pelan tersebut yang bermula pada Januari 2017 dijangka untuk luput pada akhir tahun ini.

 

Namun, keuntungan pada harga komoditi ini masih terhad susulan dengan pembekalan minyak dari AS yang masih meningkat dan mencapai paras rekod tinggi 10.4 juta tong sehari pada minggu lalu. AS kini digelar sebagai pembekal minyak kedua terbesar selepas mereka menjangkaui Arab Saudi dan dijangka untuk mengganti Rusia sebagai pembekal utama global menjelang akhir tahun ini. Pembekalan yang makin meningkat boleh menjejaskan usaha OPEC dalam mengimbangkan semula pembekalan dan permintaan minyak global.

 

 


 

Pandangan Mingguan: Mac 26 – 30

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada pembebasan data GDP dari US, UK dan Kanada bagi melihat perkembangan ekonomi masing-masing. Selain itu, data minor dari AS seperti Keyakinan dan Sentimen Pengguna bakal dipantau untuk mendapatkan isyarat yang lebih lanjut mengenai corak perbelanjaan pengguna pada masa hadapan.

 

Bagi pedagang minyak, mereka akan melihat kepada tahap inventori AS yang bakal dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan dari pengguna minyak terbesar di dunia.

 

 

Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Mac 26 – 30

Isnin, Mac 26  

Data

NZD – Trade Balance (MoM) (Feb)

GBP – Gross Mortgage Approvals

 

Acara

N/A

 

Selasa, Mac 27  

Data

AUD – HIA New Home Sales (MoM) (Feb)

USD – CB Consumer Confidence (Mar)

 

Acara

USD – FOMC Member Dudley Speaks

USD – FOMC Member Mester Speaks

USD – FOMC Member Bostic Speaks

 

Rabu, Mac 28  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

NZD – ANZ Business Confidence (Mar)

EUR – GfK German Consumer Climate (Apr)

USD – GDP (QoQ) (Q4)

USD – GDP Price Index (QoQ) (Q4)

USD – Goods Trade Balance (Feb)

USD – Pending Home Sales (MoM) (Feb)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

CrudeOIL – Gasoline Inventories

 

Acara

N/A

 

Khamis, Mac 29  

Data

GBP – Nationwide HPI (MoM)

EUR – German Unemployment Change (Mar)

EUR – German Unemployment Rate (Mar)

GBP – GDP (QoQ) (Q4)

GBP – GDP (YoY) (Q4)

EUR – German CPI (MoM) (Mar)

USD – Core PCE Price Index (MoM) (Feb)

USD – Core PCE Price Index (YoY) (Feb)

USD – Initial Jobless Claims

USD – Personal Spending (MoM) (Feb)

USD – Personal Income (MoM) (Feb)

CAD – GDP (MoM) (Jan)

CAD – RMPI (MoM) (Feb)

USD – Michigan Consumer Sentiment (Mar)

 

Acara

USD – FOMC Member Bostic Speaks

 

 

Jumaat, Mac 30

 

 

Data

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count

JPY – Household Spending (YoY)

JPY – Tokyo CPI (YoY) (Mar)

JPY – Industrial Production (MoM) (Feb)

 

Acara

USD – FOMC Member Harker Speaks

 


 

Analisis Teknikal Mingguan: Mac 26 – 30

 

Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan yang kukuh iaitu 90.00. MACD histogram yang telah membentuk isyarat silang kematian mencadangkan harganya untuk melanjutkan kerugian ke arah tahap sokongan di 88.40.

 

Tahap rintangan: 90.00, 90.95

Tahap sokongan: 89.40, 88.40


 

GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah melanjutkan keuntungannya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.3970. MACD histogram dan kedua-dua garisan MA yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk menaik selanjutnya. Namun, pemecahan pada tahap rintangan yang kukuh di 1.4210 adalah diperlukan untuk mengesahkan bias ini.

 

Tahap rintangan: 1.4210, 1.4390

Tahap sokongan: 1.3970, 1.3800

 


 

USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah memangkas keuntungannya selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). Kedua-dua garisan MA serta MACD histogram yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap rintangan di 103.35.

 

Tahap rintangan: 105.45, 105.95

Tahap sokongan: 103.35, 100.60

 


 

EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menurun namun ia sedang konsolidasi di dalam lingkungan 1.2270 dan 1.2400 baru-baru ini. Petunjuk Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat menaik ke paras overbought mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek. Arah aliran jangka panjang adalah masih tertakluk kepada saluran tersebut melainkan ia memecah keluar dari salah satu sisinya.

 

Tahap rintangan: 1.2400, 1.2500

Tahap sokongan: 1.2270, 1.2170

 


 

GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas meningkat selanjutnya selepas ia memecah keluar dari paras atas segi tiga menurun. MACD histogram yang memaparkan pembentukan isyarat silang emas mencadangkan lanjutan pada momentum menaik. Namun, pemecahan dari tahap rintangan yang kukuh iaitu 1353.70 adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.

 

Tahap rintangan: 1353.70, 1366.00

Tahap sokongan: 1340.00, 1312.00

 


 

Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah keluar dari paras atas segi tiga menyempit. Kedua-dua garisan MA yang masih menyempit ke atas mencadangkan harganya untuk meneruskan kenaikan selepas ia memecahkan tahap rintangan yang kukuh di 66.65.

 

Tahap rintangan: 66.65, 69.10

Tahap sokongan: 63.75, 60.80