83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

26 Mac 2020                        Analisis Sesi Pagi

 

 

Dolar menjunam selepas pakej rangsangan telah diluluskan.

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama menurun susulan dengan pelan stimulus AS telah diluluskan dalam undi Senat. Selepas menghadapi dua kali kegagalan dalam undi yang diketepikan oleh Demokrat berturut-turut semenjak awal minggu ini, ahli politik Amerika Syarikat akhirnya mencapai persetujuan dalam pelan rangsangan terbaru yang bertindak sebagai pemangkin baru untuk menyokong ekonomi negara. Secara terperinci, rangsangan ini terdiri daripada menyediakan jumlah pembayaran sebagai bantuan kepada pembayar cukai, faedah pengangguran dan dana sebanyak $500 bilion untuk menyokong perniagaan tempatan yang ditindas oleh pandemik ini. Hasilnya, pakej rangsangan telah meningkatkan keyakinan pasaran terhadap wabak virus ini, dan ia mendorong para pelabur untuk menjual pegangan mereka di atas dolar selamat sementara memindahkan modalnya ke pasaran yang lebih berisiko. Selain itu, data ekonomi pesimis dari rantau Amerika Syarikat juga terus menyeret daya tarikan dolar. Menurut kepada Census Bureau, data Core Durable Goods Orders AS untuk bulan Februari dibebaskan pada bacaan sebanyak -0.6%, tersasar daripada ramalan ahli ekonomi pada -0.4%. Walau bagaimanapun, bacaan data ini tidak mencerminkan kesan negatif virus dengan sepenuhnya dan dijangka akan jatuh dengan ketara memandangkan wabak itu telah menyeret ekonomi AS pada bulan Mac. Semasa sesi dagangan awal Asia, indeks dolar turun sebanyak 1.07% ke 100.90.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 0.38% ke $24.20 setong di tengah-tengah sentimen pasaran minyak masih kekal huru-hara kerana pandemik virus terus menghantui prospek pasaran minyak. Walau bagaimanapun, kerugian harga minyak terhad selepas data inventori minyak AS menunjukkan simpanan yang lebih kecil daripada jangkaan pasaran. Menurut EIA, data inventori minyak mentah AS dibebaskan pada 1.623 juta, lebih rendah daripada ramalan 2.774 juta. Selain itu, harga emas menurun sebanyak 0.30% ke $1,613.50 satu troy auns kerana pasaran melarikan diri ke aset berisiko selepas pelan rangsangan untuk meningkat kecairan pasaran telah diluluskan oleh kerajaan AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

20:00                     GBP                                        BoE MPC Meeting Minutes

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Time Nation & Data Previous Forecast Actual
15:00 GBP – Retail Sales (MoM)(Feb) 0.9% 0.2%
20:00 GBP – BoE Interest Rate Decision 0.10% 0.25%
20:30 USD – GDP (QoQ)(Q4) 2.1% 2.1%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 281K 1,000K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 101.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 99.35.

 

Tahap rintangan: 101.20, 102.90

Tahap sokongan: 99.35, 97.60

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.1785. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.1785.

 

Tahap rintangan: 1.1900, 1.1975

Tahap sokongan: 1.1785, 1.1700

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.0835. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.0835.

 

Tahap rintangan: 1.0900, 1.0970

Tahap sokongan: 1.0835, 1.0790

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap rendah saluran menaik menyempit. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 110.10.

 

Tahap rintangan: 111.35, 112.25

Tahap sokongan: 110.10, 109.25

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6035. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.5720.

 

Tahap rintangan: 0.6035, 0.6350

Tahap sokongan: 0.5720, 0.5375

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.5865. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.5595.

 

Tahap rintangan: 0.5865, 0.6075

Tahap sokongan: 0.5595, 0.5420

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.4175. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan di 1.4175.

 

Tahap rintangan: 1.4335, 1.4535

Tahap sokongan: 1.4175, 1.3990

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu di 0.9785. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.9735.

 

Tahap rintangan: 0.9785, 0.9815

Tahap sokongan: 0.9735, 0.9680

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 21.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 25.75.

 

Tahap rintangan: 25.75, 30.50

Tahap sokongan: 21.50,19.10

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1602.55. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah tahap sokongan di 1602.55.

 

Tahap rintangan: 1634.90, 1664.70

Tahap sokongan: 1602.55, 1579.00