26 Mei 2020 Analisis Sesi Petang
Yen Jepun jatuh susulan perbincangan risiko kemelesetan dari BoJ Kuroda.
Semasa lewat sesi Asia, Mata wang Yen Jepun telah jatuh terhadap dolar AS dan mata wang lain selepas Gabenor BoJ Haruhiko Kuroda meluahkan perasaan pesimisnya terhadap ekonomi. Menurut kepada laporan terbaru, Kuroda menyatakan bahawa ekonomi Jepun berkemungkinan akan tetap dalam keadaan yang teruk dan harga akan kekal lemah disebabkan oleh kesan pandemik. Beliau juga menambahkan bahawa risiko terhadap prospek ekonomi Jepun masih cenderung kepada arah menurun. Selain itu, BoJ juga menyebut bahawa bank pusat akan bersiap sedia untuk melakukan lebih banyak tanpa ragu-ragu sekiranya diperlukan untuk menyokong ekonomi. Komen-komen tersebut telah menimbulkan kesan negatif terhadap sentimen pasaran, justerunya ia mencetuskan tekanan penjualan pada mata wang tersebut. Pada masa penulisan, USD/JPY telah meningkat sebanyak 0.15% kepada 107.85.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah kekal kukuh dan meningkat sebanyak 0.92% kepada $34.07 setong semasa penulisan berikutan dengan komen dari Rusia. Menurut laporan, Rusia menyatakan bahawa pengeluaran minyaknya hampir jatuh ke sasarannya iaitu 8.5 juta tong sehari (bpd) untuk bulan Mei dan Juni di bawah perjanjian pemotongan bekalannya dengan OPEC, dan ia meningkatkan sentimen pasaran. Sebaliknya, harga emas telah melonjak sebanyak 0.22% kepada 1732.66 se troy auns pada waktu penulisan di tengah-tengah kelemahan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
05:00 CAD BoC Gov Poloz Speaks
(27hb)
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 22:00 | USD – CB Consumer Confidence (May) | 86.9 | 88.0 | – |
| 22:00 | USD – New Home Sales (Apr) | 627K | 490K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari paras tingginya sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 99.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 100.25, 100.95
Tahap sokongan: 99.50, 98.70

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.2255.
Tahap rintangan: 1.2255, 1.2435
Tahap sokongan: 1.2070, 1.1870

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.0885. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.0995.
Tahap rintangan: 1.0995, 1.1140
Tahap sokongan: 1.0885, 1.0730

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 107.35 baru-baru ini. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 108.05.
Tahap rintangan: 108.05, 108.55
Tahap sokongan: 107.35, 106.50
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.6560. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6560, 0.6670
Tahap sokongan: 0.6390, 0.6265

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.6070. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.6150.
Tahap rintangan: 0.6150, 0.6250
Tahap sokongan: 0.6070, 0.6005

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.4020. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.3860.
Tahap rintangan: 1.4020, 1.4140
Tahap sokongan: 1.3865, 1.3685

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.9730. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.9665.
Tahap rintangan: 0.9730, 0.9795
Tahap sokongan: 0.9665, 0.9595

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 35.35. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 35.35, 43.50
Tahap sokongan: 28.00, 21.35

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih renda sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1726.90. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish yang telah berkurangan dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 1768.05
Tahap rintangan: 1768.05, 1800.00
Tahap sokongan: 1726.90, 1673.95