83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

26 Mei 2022                        Analisis Sesi Pagi

Dolar AS telah menyusut selepas minit mesyuarat FOMC dibebaskan.

Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama berundur berikutan minit mesyuarat FOMC yang dibebaskan daripada Rizab Persekutuan. Pembuat dasar Rizab Persekutuan bersetuju bahawa Fed harus bertindak “segera” ke atas pengetatan dasar monetari mereka untuk memerangi peningkatan risiko inflasi dalam asas jangka pendek. Namun begitu, mereka juga mengulangi bahawa Fed boleh berhenti seketika pada keputusan kenaikan kadar faedah pada akhir tahun ini berikutan dengan mereka menjangkakan risiko inflasi global akan mula stabil berikutan isu gangguan bekalan diselesaikan. Baru-baru ini, data ekonomi bearish telah kelihatan mengurangkan sokongan untuk nada hawkish daripada Fed. Jangkaan kadar inflasi telah diramalkan lebih rendah, dan keadaan kewangan yang semakin ketat mula menjejaskan permintaan pasaran dalam sektor utama ekonomi termasuk industri perumahan dan pembuatan. Para pelabur pada masa ini akan terus meneliti kemas kini terkini berhubung data ekonomi selanjutnya untuk menjangkakan pergerakan ke atas Dolar AS. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah menyusut sebanyak 0.21% ke 102.05.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.03% ke $112.25 setong semasa penulisan. Pasaran minyak menerima momentum bullish berdasarkan latar belakang data inventori dibebaskan. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), inventori Minyak Mentah AS telah  memberi bacaan sebanyak -1.1019M, lebih baik daripada ramalan pasaran sebanyak -0.737M. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.01% ke $1853.75 se troy auns setakat ini semasa penulisan susulan dengan penyusutan Dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – GDP (QoQ) (Q1) -1.4% -1.4%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 218K 213K
20:30 CAD – Core Retail Sales (MoM) (Mar) 2.1% 2.0%
22:00 USD – Pending Home Sales (MoM) (Apr) -1.2% -1.9%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 102.45, 103.85

Tahap sokongan: 100.85, 99.25

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2620, 1.2745

Tahap sokongan: 1.2500, 1.2335

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.0700, 1.0820

Tahap sokongan: 1.0585, 1.0485

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 127.30, 128.10

Tahap sokongan: 126.10, 125.30

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7125, 0.7260

Tahap sokongan: 0.6995, 0.6865

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 0.6535, 0.6720

Tahap sokongan: 0.6225, 0.6070

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.

 

Tahap rintangan: 1.2890, 1.3050

Tahap sokongan: 1.2720, 1.2635

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9695, 0.9850

Tahap sokongan: 0.9525, 0.9375

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 113.05, 115.10

Tahap sokongan: 110.35, 106.65

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi emas untuk didagang dengan lebih tinggi.

 

Tahap rintangan: 1868.70, 1878.95

Tahap sokongan: 1849.90, 1836.90