26 Julai 2021 Analisis Sesi Petang
Euro kekal lemah susulan Covid-19.
Euro yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain tetap bergelut dan jatuh berikutan dengan isu coronavirus yang terus melemahkan harapan pasaran terhadap pemulihan ekonomi EU. Baru-baru ini, kes coronavirus di EU telah meningkat dengan ketara di mana beberapa negara seperti Jerman dan Belgium melihat peningkatan dalam jangkitan. Sebilangan besar daripada kes terdiri daripada varian Delta. Data terkini menunjukkan bahawa varian Delta mempunyai 60% lebih tinggi dalam kebarangkalian jangkitan jika dibandingkan dengan varian asal. Kerajaan di EU mulai mengetatkan sekatan SOP untuk membendung peningkatan kes koronavirus. Para pelabur bimbang bahawa pengetatan akan menjejaskan momentum pemulihan ekonomi di EU. Selain itu, ia juga akan menekan Bank Pusat Eropah untuk mengekalkan pelonggaran dasar kewangan untuk jangka waktu yang lebih lama untuk memastikan pemulihan ekonomi yang stabil. Pada masa penulisan, EUR/USD jatuh sebanyak 0.04% kepada 1.1771.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak 0.05% kepada $71.67 setong pada masa penulisan berikutan dengan kebangkitan Covid-19. Varian Delta yang menyebar dengan cepat mulai menimbulkan kebimbangan mengenai prospek jangka pendek di mana beberapa negara telah mengetatkan semula sekatan dan berpotensi akan mempengaruhi permintaan untuk penggunaan minyak. Pakar penyakit berjangkit A.S. yang teratas, Anthony Fauci, memberi amaran bahawa AS sedang bergerak ke “arah yang salah” dalam memerangi gelombang baru wabak tersebut. Sebaliknya, harga emas meningkat 0.16% kepada $ 1805.09 se troy auns semasa penulisan susulan pengunduran dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:00 | EUR – German Ifo Business Climate Index (Jul) | 101.8 | 102.1 | – |
| 22:00 | USD – New Home Sales (Jun) | 769K | 800K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 92.65. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 93.10.
Tahap rintangan: 93.10, 93.45
Tahap sokongan: 92.65, 92.05

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.3735. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3890, 1.3990
Tahap sokongan: 1.3735, 1.3575

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.1795. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 1.1795.
Tahap rintangan: 1.1795, 1.1880
Tahap sokongan: 1.1705, 1.1625

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 110.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 111.00, 111.65
Tahap sokongan: 110.40, 109.70

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.7340. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7415, 0.7485
Tahap sokongan: 0.7340, 0.7245

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.6925.
Tahap rintangan: 0.7000, 0.7075
Tahap sokongan: 0.6925, 0.6825

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.2565. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintngan 1.2675.
Tahap rintangan: 1.2675, 1.2770
Tahap sokongan: 1.2565, 1.2470

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.9200. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ni untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9135.
Tahap rintangan: 0.9200, 0.9245
Tahap sokongan: 0.9135, 0.9090

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengundurannya dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 70.85.
Tahap rintangan: 74.60, 76.90
Tahap sokongan: 70.85, 68.40

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1792.10. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1814.80.
Tahap rintangan: 1814.80, 1831.85
Tahap sokongan: 1792.10, 1762.20