83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

26 Ogos 2020                      Analisis Sesi Tengah Hari

 

Dolar kekal lembap di tengah-tengah data yang lemah.

Semasa lewat sesi akhir, indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama kekal lembap dan jatuh berikutan dengan keputusan yang mengecewakan dalam keluaran data baru-baru ini. Menurut kepada Conference Board, keyakinan pengguna A.S. telah jatuh ke pada 84.8, lebih rendah daripada ramalan pasaran dan juga bacaan sebelumnya sebanyak 93 dan 91.7 masing-masing. Ia juga merupakan tahap terendah sejak Mei 2014 disebabkan oleh Covid-19. Setakat ini, para pelabur kini menjangkakan data durable goods order A.S. yang akan dikeluarkan hari ini juga akan perlahan. Di samping itu, para pelabur juga akan memberi tumpuan kepada ucapan Powell di Jackson Hole tahunan pada hari Khamis untuk menentukan arah FED dalam melindungi ekonomi A.S yang kini rapuh. Pada masa penulisan, indeks dolar merosot sebanyak 0.09% hingga 93.04.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 0.18% hingga $ 43.32 setong pada masa penulisan sementara para pengeluar sedang bersiap sedia untuk menghadapi ancaman ribut. Setakat ini, industri tenaga A.S. sedang bersiap sedia untuk menghadapi serangan ribut besar yang menyebabkan 310 kemudahan luar pesisir telah dikosongkan dan sekitar 84% pengeluaran luar pesisir telah ditutup. Sebaliknya, harga emas kekal stabil dan menokok sebanyak 0.05% kepada $1926.38 se troy auns berbanding dengan dolar yang lembap.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Jul) 3.6% 2.1%
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -1.632M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap terendah saluran menurun. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 92.60.

 

Tahap rintangan: 93.25, 94.10

Tahap sokongan: 92.60, 92.10

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.3140. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3140, 1.3255

Tahap sokongan: 1.3045, 1.2985

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.1840. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.1775.

 

Tahap rintangan: 1.1840, 1.1900

Tahap sokongan: 1.1775, 1.1705

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 106.15. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 106.95.

 

Tahap rintangan: 106.95, 107.90

Tahap sokongan:106.15, 105.20

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.7205. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.7180.

 

Tahap rintangan: 0.7205, 0.7235

Tahap sokongan: 0.7180, 0.7145

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6535. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6615, 0.6755

Tahap sokongan: 0.6535, 0.6480

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.3150. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3315.

 

Tahap rintangan: 1.3315, 1.3500

Tahap sokongan: 1.3150, 1.3025

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9120.

 

Tahap rintangan: 0.9120, 0.9200

Tahap sokongan: 0.9050, 0.8975

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 43.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 43.40, 44.35

Tahap sokongan: 42.75, 42.05

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1905.85. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih tinggi.

 

Tahap rintangan: 2069.75, 2147.50

Tahap sokongan: 1905.85, 1761.65