83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

26 Ogos 2021                      Analisis Sesi Pagi

Dolar menyusut susulan dengan peningkatan selera risiko.

Indeks Dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah mencatat kerugiannya susulan dengan peningkatan sentimen selera risiko di seluruh dunia, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka dari aset selamat seperti Dolar AS ke arah aset berisiko. Para pelabur tetap optimis terhadap pertumbuhan ekonomi global berikutan Dewan Perwakilan AS meluluskan rangsangan ekonomi yang bernilai sebanyak $3.5 trilion dan seorang pegawai kesihatan tinggi menyatakan keyakinannya untuk memerangi wabak Covid-19. Menurut kepada Reuters, DR. Anthony Fauci, pakar penyakit jangkitan AS yang mendakwa bahawa wabak Covid-19 akan dikendalikan pada awal tahun depan dengan bantuan kemajuan vaksinasi yang pesat di dunia. Walaupun begitu, pelabur akan terus meneliti penyataan mengenai dasar kewangan dari Federal Reserve semasa persidangan pusat Fed di Jackson Hole akhir minggu ini untuk menerima isyarat perdagangan lebih lanjut. Semasa penulisan, Indeks Dolar menyusut sebanyak 0.01% ke 92,80.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.10% ke $68.20 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak telah didagang dengan lebih tinggi berikutan data inventori yang bullish dibebaskan pada hari semalam. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), Inventori Minyak Mentah A.S. telah memberi bacaan sebanyak -2.979M, lebih baik daripada ramalan pasaran sebanyak -2.683M. Sebaliknya, pasaran emas telah menyusut sebanyak 0.03% ke $1791.35 se troy auns semasa penulisan di tengah sentimen risiko di pasaran kewangan global telah mengurangkan daya tarikan ke atas aset selamat emas.

 

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

19:30                     EUR                                        ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Acara Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – GDP (QoQ) (Q2) 6.50% 6.70%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 348K 350K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 93.25. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 91.80.

 

Tahap rintangan: 93.25, 94.65

Tahap sokongan: 91.80, 90.75

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3805.

 

Tahap rintangan: 1.3805, 1.3880

Tahap sokongan: 1.3730, 1.3605

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1775. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1775, 1.1850

Tahap sokongan: 1.1705, 1.1635

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 109.75. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 110.55.

 

Tahap rintangan: 110.55, 111.10

Tahap sokongan: 109.75, 109.20

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7255. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.7280, 0.7375

Tahap sokongan: 0.7115, 0.7000

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.6940. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.7015, 0.7120

Tahap sokongan: 0.6940, 0.6815

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2580. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2650, 1.2705

Tahap sokongan: 1.2580, 1.2500

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9125. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9230, 0.9305

Tahap sokongan: 0.9125, 0.9035

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 68.00. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 68.00, 69.85

Tahap sokongan: 66.10, 63.55

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1794.30. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1773.35.

 

Tahap rintangan: 1794.30, 1812.50

Tahap sokongan: 1773.35, 1754.40