26 September 2019 Analisis Sesi Pagi
Transkrip US-Ukraine menggagalkan cita-cita pemecatan.
Dolar AS telah melanjutkan kenaikannya ke paras tinggi seminggu setengah pada semalam susulan dengan pembebasan transkrip di antara PM AS Donald Trump dan PM Ukraine Volodymyr Zelensky. Terdahulu, House of Representatives telah membuka siasatan pemecatan secara rasmi ke atas kemungkinan Trump menerima bantuan Ukraine untuk menyiasat mengenai bekas Timbalan Presiden Joe Biden dan memberi bantuan asing sebagai pertukaran. Walaupun transkrip tersebut mengesahkan permohonan Trump terhadap Ukraine, namun ia tidak memaparkan sebarang informasi mengenai bantuan asing yang diberikan oleh AS kepada Ukraine. Transkrip tersebut gagal untuk memberi pengesahan yang kukuh dan ia telah mengurangkan kemungkinan untuk berlakunya pemecatan buat masa ini. Selain itu, dolar AS telah menerima sokongan bullish selepas data New Home Sales bagi bulan Ogos memberi bacaan sebanyak 713K unit, lebih tinggi daripada ramalan ekonomis iaitu 660K. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data Gross Domestic Product yang bakal dibebaskan pada malam ini. Bagi rantau lain, pasangan GBP/USD menurun sebanyak 0.03% ke 1.2355. Pound sterling mengalami kerugian yang ketara pada semalam berikutan dengan ketidaktentuan Brexit sementara tarikh akhir 31hb Oktober makin menjelang. Susulan dengan pemulihan sesi Parlimen, PM UK Boris Johnson mengulas bahawa parti pembangkang boleh mengundi untuk undian tiada keyakinan atau mengundi ke atas sebarang perjanjian yang dicapai oleh beliau.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah melantun sebanyak 0.02% ke $56.66 setong. Walaupun data inventori minyak mentah adalah lebih tinggi daripada jangkaan, data stok minyak yang disuling telah menurun lebih daripada jangkaan sambil membekalkan momentum bullish kepada harganya. Selain itu, harga emas memulih sebanyak 0.08% ke $1,504.81 se troy auns susulan dengan kerugian semalaman akibat daripada dolar AS yang lebih kukuh.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
21:30 EUR ECB President Draghi Speaks
21:45 GBP BoE Gov Carney Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – GDP (QoQ) (Q2) | 2.0% | 2.0% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 208K | 212K | – |
| 22:00 | USD – Pending Home Sales (MoM) (Aug) | -2.5% | 0.9% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 98.65. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 98.65, 99.00
Tahap sokongan: 98.40, 98.30

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2400, 1.2515
Tahap sokongan: 1.2320, 1.2260

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1010, 1.1070
Tahap sokongan: 1.0930, 1.0870

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan di 107.60.
Tahap rintangan: 108.05, 108.45
Tahap sokongan: 107.60, 107.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6750. MACD yang memaparkan isyarat positive divergence mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6800, 0.6830
Tahap sokongan: 0.6750, 0.6705

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 0.6290. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya bagi jangka pertengahan.
Tahap rintangan: 0.6290, 0.6320
Tahap sokongan: 0.6250, 0.6220

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3255. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan di tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3280, 1.3315
Tahap sokongan: 1.3255, 1.3220

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9925, 0.9970
Tahap sokongan: 0.9865, 0.9820

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 55.55. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 57.30, 58.70
Tahap sokongan: 55.55, 54.45

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1509.00, 1523.00
Tahap sokongan: 1494.50, 1483.50