26 Oktober 2020 Analisis Sesi Pagi
Paun menyusut susulan dengan data-data ekonomi yang negatif.
Paun Sterling telah mencatat kerugiannya pada hari Jumaat yang lalu selepas data-data ekonomi yang suram telah dibebaskan dari rantau UK. Menurut kepada Markti Economics, U.K. Composite Purchasing Managers’ Indeks (PMI) telah menyusut dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 55.7 ke 52.9, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 55.6. Sementara itu, U.K. Manufacturing Purchasing Managers Indeks (PMI) dan U.K. Services Purchasing Managers Indeks (PMI) telah memberi bacaan sebanyak 53.3 dan 52.3, yang menunjukkan lebih buruk daripada jangkaan pasaran masing-masing pada 54.3 dan 55.0. Oleh kerana data-data yang penting tersebut adalah lebih buruk daripada jangkaan pasaran, yang selanjutnya mengurangkan keyakinan pasaran ke atas perkembangan ekonomi di UK sambil mencetuskan penjualan yang ketara ke atas Paun Sterling. Selain itu, peningkatan kes-kes koronavirus yang mendadak dari rantau UK dan juga ketidakpastian mengenai masalah Brexit juga telah mengurangkan daya tarikan ke atas pasangan Paun Sterling. Walau bagaimanapun, Paun Sterling telah mengehadkan kerugiannya selepas data jualan runcit yang positif telah dibebaskan. Menurut kepada Office for National Statistik, U.K. Retail Sales untuk bulan yang lalu telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 0.9% ke bacaan sebanyak 1.5%, yang lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.4%. Semasa penulisan, GBP/USD telah menyusut sebanyak 0.4% ke 1.3042.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 1.46% ke $39.12 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan para pelabur khuatir bahawa peningkatan kes-kes koronavirus yang mendadak di seluruh dunia akan memberi prospek negatif ke atas permintaan untuk minyak mentah. Sebaliknya, harga emas telah mencatat kerugiannya sebanyak 0.25% ke $1896.45 se troy auns susulan dengan para pelabur menjangkakan bahawa rancangan rangsangan ekonomi koronavirus A.S. akan diluluskan hanya selepas pilihan raya A.S. pada 3hb November 2020.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:00 | EUR – German Ifo Business Climate Index (Oct) | 93.4 | 93.0 | – |
| 22:00 | USD – New Home Sales (Sep) | 1,011K | 1,025K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 92.55. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 93.00, 93.50
Tahap sokongan: 92.55, 91.75

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap sokongan terdahulu 1.3065. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2995.
Tahap rintangan: 1.3065, 1.3155
Tahap sokongan: 1.2995, 1.2885

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1875. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1875, 1.1945
Tahap sokongan: 1.1800, 1.1750

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 104.70. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 105.10, 105.45
Tahap sokongan: 104.35, 104.70

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.7105. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7200, 0.7270
Tahap sokongan: 0.7105, 0.7030

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6685. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6685, 0.6725
Tahap sokongan: 0.6645, 0.6610

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3155. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3155, 1.3205
Tahap sokongan: 1.3080, 1.2990

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9030. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9150, 0.9270
Tahap sokongan: 0.9030, 0.8910

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 39.50. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 38.05.
Tahap rintangan: 39.50, 41.45
Tahap sokongan: 38.05, 38.85

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1909.45. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1883.25.
Tahap rintangan: 1909.45, 1929.55
Tahap sokongan: 1883.25, 1854.50